Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

TERASA NAK MENCORET

Salam,

Hari ni betul-betul terasa nak coret sesuatu kat dalam blog sendiri memandangkan agak lama blog ni tidak disapa oleh tuannya sendiri.

Memang sibuk. Masa terbatas. Itulah ayat yang paling sesuai untuk diberikan sebagai sebab musabab kenapa blog ni terus menyepi. Namun terima kasih ingin diucapkan kepada pelawat-pelawat yang sudi menyinggah untuk menyingkap cerita di sebalik empunya diri yang dah lama berdiam diri.

Tambahan pula, awal bulan ni aku dah start mendaftarkan diri ke gym Fitness First Platinum Empire Gallery. Azam di hati harus diteruskan. Silala berikan aku sokongan agar kesihatan dan kecantikan diri sentiasa dipelihara.

Sebagai permulaan sokongan dan motivasi diri, aku gantung gambar kurus dan cantik (perasan sendiri) kat dalam bilik tidur kami suami isteri. Setiap hari aku tatap gambar itu supaya bersemangat untuk mendapatkan potongan badan seperti dulu. Macam kelakar kan? Kenapa tak gantung gambar seorang model yang cantik jelita saja kan? Mestilah ada sebabnya. Takut si suami memuji lebih model-model jelita itu berbanding memuji si isterinya sendiri. Ha, kan dah dapat dosa kering!

Target mahu turun 15kg untuk mendapatkan berat yang ideal! Wahai suamiku, keredhaanmu penting dalam mencapai hala tuju dan matlamat azam baru tahun ini. Wink!!

Ok, nak bercerita tentang hobi membaca aku pula..

Selalunya lepas habis baca sesuatu novel tu, paling lama seminggu aku akan rest daripada membaca buku yang seterusnya. Kenapa?

Bukan sebab letih. Bukan sebab nak luangkan masa bersama suami dan anak. Aku membaca novel bukan sampai tak keluar-keluar bilik, lupa nak masak, lupa nak kemas rumah dan lupa tanggungjawab yang lain.

Namun, dek penangan jalan cerita novel tu yang membuatkan aku akan mengelamun lama. Kalau novel air mata lagi la aku akan termenung dan terbayang-bayang jalan cerita dan watak-watak di dalamnya sebaik tamat pembacaan. Biasanya otak aku akan flash back dengan sendiri scene-scene dalam novel tersebut. Maka terbayangla gambaran watak-watak yang memang tak lari dari konsep penulisan biasa yang mana si lelaki mesti kacak bergaya manakala si perempuan cantik menggoda.

Novel yang macam mana boleh membuatkan air mata aku deras mengalir? Siap tersedu-sedan? Sudah tentu kalau melibatkan kematian samada heronya mati mahupun heroinnya.

Contohnya novel 'Seandainya.' Bila part si hero tu mati sebab kemalangan jalan raya, aku masih belum lagi boleh mengalirkan air mata. Namun bila part penerimaan si gadis yand dicintainya itu mendapat khabar berita  tersebut dan bagaimana caranya lagi dia ingin meneruskan hidup tanpa insan yang dikasihi itu yang meruntun jiwa aku.

Boleh siap teresak-esak aku nangis di dada si suami. Nasib baik suami sporting. Tak diperlinya mahupun tidak diejek-ejeknya. Kalau tidak, lagi malu beb!

Contoh novel terbaru yang baru habis dibaca ialah Semerah Inai Di Jari. Turut melibatkan kematian iaitu heroin novel tersebut mati dilanggar oleh bekas suaminya. Zati dilanggar oleh bekas suaminya disaat-saat dia ingin bernikah dengan jejaka lain.

Paling menyentuh perasaan apabila bagaimana penerimaan anak-anak Zati (dengan bekas suaminya) dan  suami barunya yang sempat dinikahi disaat-saat nyawa di hujung tanduk, terhadap peristiwa tersebut memandangkan kemalangan itu berlaku betul-betul di depan mata mereka.

Benarlah, sehebat-hebat lelaki apabila dia dapat menahan nafsu amarahnya dan di jiwanya dipenuhi rasa kesabaran yang sangat menebal. Hanya ayat-ayat suci al-Quran yang mampu menenteramkan jiwa dan perasaan yang berkecamuk dek tidak sempat melayari bahtera bersama si isteri yang sungguh dikasihi itu.

Kekadang terasa air mata aku ni terlalu murah atau aku terlalu menghayati cerita-cerita yang sengaja direka oleh penulisnya. Serasakan cerita itu betul-betul pernah berlaku mungkin pada penulis tersebut mahupun kawan kenalannya.

Namun, aku tertanya-tanya.

Adakah dengan memaafkan seseorang itu boleh membuatkan kita lupa tentang segala yang pernah berlaku suatu masa dahulu antara dia dan diri kita sendiri?

Aku tidak pernah memaafkan seseorang, namun bernasib baik aku tidak pernah ingin mengingati apa-apa yang pernah berlaku antara aku dan dia.

Dan dalam situasi yang lain, aku juga tidak pernah memaafkan seseorang. Mungkin atas sebab itu aku asyik dibayangi dirinya dan segala perbuatannya samada yang baik mahupun yang buruk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...