Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Tuesday

LOVE BITES, KENCING DEPAN ORANG

Hohohoho...

Tajuk panas! Panas! Memang panas!

Hari tu aku terserempak dengan sorang mamat ni. Aku tau dia dah kahwin. Bukan berpacaran. Sebab dia adalah jiran aku sendiri. Kui.. kui..kui.. 

Dari jauh dah terperasan ada 2-3 lebam merah-merah kat serata leher dia. Maklumla lelaki, just pakai t-shirt round neck pon dah boleh nampak segala pangkal leher. Aku dah agak itu mesti love bites. Tapi tak sure. Takut tersalah sangka. Pastuh aku bisik kat husband aku sendiri. Nak bisik pun agak-agak la jauh sikit supaya husband aku nanti sempat pandang pada lebam-lebam kat leher dia. Sibuk je aku nak suruh laki sendiri usha kan?

Bila dah jauh sikit dari jiran aku tu, aku tanya la betul tak itu love bites? Hahahaha.. masing-masing terhambur ketawa. Macam manala jiran kami tu boleh tak perasan ada banyak love bites kat leher dia? Adoi... kalau aku sure dah malu. Yelah, walaupun dah sah jadi suami isteri tapi tanda-tanda begitu tentula segan nak bagi orang nampak. Sebab nanti orang cakap "fuhhh.. ganasnya bini dia!". Takpun orang kata, "bini dia geram sangat kot, lama tak dapat". Kih..kih..kih.. tak boleh aku tulis lebih-lebih dialog tu. Nanti blog aku jadi blog lucah. Tidakkk!

Uols yang lelaki, sebelum keluar rumah rajin-rajin la usha kat cermin. Kot tak perasan ada love bites kat tempat-tempat terdedah kang ada yang nampak terus melompat nak balik rumah buat kat pasangan masing-masing pulak. Manakala yang perempuan-perempuan pula, kalau ada kat leher-leher tu bolehla cover dengan tudung bagi yang bertudung. Agak-agak nak pergi masuk surau, kalau teringat ada love bites kat leher, jangan la bukak tudung depan-depan orang. Nak ambil wuduk, pastu cepat-cepat la pakai tudung semula. Malu beb... huhuhu..

Ada juga member husband aku kat tempat kerja. Ye, kira lecturer juga la kerjanya. Selalu muncul pagi-pagi mesti ada love bites kat leher dia. Tapi husband aku kata sekarang dah tak nampak dah. Member-member semua pakat gelak belakang. Nak tegur takut dia yang malu. So masing-masing buat donno je la. Tapi kalau dah kerap nampak, orang boleh mengata.. "agak-agakla beb..." Huhuhuhu

Ok, ini cerita pasal lain pula.

Pernah sekali hari tu kami baru pulang dari makan petang kat satu kedai mamak. Dari jauh aku ada nampak seorang warga emas ni dok usha-usha line pastuh tangan dia dok raba-raba seluar. Awatla pakcik ni pelik semacam pulak perangai dia? Then bila kereta kami dah dekat dengan pakcik tu, baru aku tau dia nak buat apa. Dengan selamba badak, dia coootttt je kat tepi kereta orang. Coootttt berdiri pulak tu! Siap nampak anu pakcik tu. Adoi... pakcik, tak mau la saya tengok anu pakcik tu. Tapi kalau pakcik dah tunjuk depan-depan, kami tadah aja la mata ni. Ayoyoyoyoooooo...

Buat malu je beb. Dah la berkopiah bagai. Kalau kaum lain tengok tak ke boleh mengata? Carila tandas kat kedai mamak tu pakcik. Dah dekat dah pun. Tak tahan sangat ke? Tak pasal-pasal kami dapat dosa.

Tapi husband aku kata mungkin pakcik tu nyanyok atau tak betul kot. Aku rasa kalau pakcik tu nyanyok atau tak betul tentula pakaiannya compang-camping. Ni elok je pakai baju dan seluar yang proper siap berkopiah. Siap pandang kiri kanan nak cooottt. Kira tengah usha line la tu takut orang nampak. Tapi ramai orang kat situ takkan takde mata yang memandang dak? Adoyai pakcik...pakcik...!

Camimi siap tanya nape mommy jerit? Siapa yang kencing? Oh, lupa ada anak kecil dalam kereta sedang perhati apa mommy and daddy dia cakapkan. Oh.. silap! Cepat-cepat aku cover line kata ada cat besar kencing tepi jalan. Shame..shame..!

Hihihihi...

Monday

KISAH 'KAWAN' CAMIMI

Salam,

Hari ni hari Isnin, ada lagi ke tengah monday blues? Oleh kerana ini adalah auto published entry, so mungkin time ni aku tengah sibuk menguruskan kerja-kerja aku yang dari minggu lepas belum habis. 

Ramai yang menanya aku tentang 'kawan' Camimi. Tak kurang yang personally call aku tanya berkenaan perkara itu. Yelah, tunggu punya tunggu tak keluar-keluar juga entrynya. Maaf ye kawan-kawan. Aku tak berapa berpeluang nak menulis kisah 'kawan' Camimi sebab minggu lepas 3 hari aku bercuti. Tapi aku masih bersyukur sebab bulan ni banyak job masuk. Bila masuk ofis je tengok banyak benda nak buat tapi masih boleh tersenyum sebab job bulan ni masyuk.  :)

Okla, straight to the point!

Dulu aku pernah cerita yang Camimi ada imagination friend. Boleh baca kat entry sini sebab aku pernah cerita sikit. Lain-lain entry aku dah lupa. Sebab awal-awal dulu aku perasan dia memang suka cakap dengan bear dia. Tatang bear dia macam bear tu baby dia. Kasi minum susu, kasi makan, mandikan, bawa jalan-jalan. Semua dia treat macam bear tu ada perasaan je. Kalau aku campak bear tu marah Camimi tau. Dia kata "mommy, no..! sakit la bear tu..!"

But then adik aku perasan. Dia kata agaknya Camimi nampak benda-benda halus kot? Yelah, obvious sangat cakap sorang-sorang. Bukan saja dengan bear, kadang-kadang dengan siapa ntah aku pun tak nampak. Tapi korang tahu la.. aku tak suka nak layan benda-benda halus ni. Kang kalau difikir-fikirkan tak berani aku nak dok rumah sorang-sorang. Especially malam. Dah la selalu kena tinggalkan time malam. Huhuhu.. 

Tapi, semenjak 2 minggu ni memang akulah orang yang paling perasan Camimi suka cakap sorang-sorang. Ada satu hari tu aku suap Camimi makan sambil tengok tv dan sambil tu Camimi pegang makanan dia yang lain. Tetiba aku jadi runsing sebab Camimi makan sambil merengek-rengek. Aku tanya la kenapa? Sebab aku tak leh nak concentrate tengok tv sekali. Then Camimi kata " 'dia' nak ambil makanan Camimi" Memula tu aku malas nak layan si Camimi tapi makin menjadi-jadi lak rengekan dia. Sudahnya aku pura-pura berlakon sambil cakap dengan 'kawan' dia yang aku tak nampak tu "kasi Camimi makan dulu ye? Kesian dia lapar." Aku terasa bodoh plak cakap sorang-sorang tapi lepas aku cakap tu memang terus Camimi leh makan sampai habis.

Hari-hari lain pun aku perasan. Lepas mandikan Camimi, dengan bertowel bagai, Camimi sempat bagi tau 'kawan' dia yang dia nak pakai baju sekejap. Tunggu dia nanti boleh main sama-sama. 

Camimi ni boleh dianggap sebagai ulat buku tau. Bukan nak puji melambung anak sendiri. Balik rumah je mesti cari buku nak tulis-tulis, colour-colour, baca-baca (walaupun dia tahu dia tak pandai baca lagi. Kenal huruf je pandai). Kalau nak keluar rumah, kami laki bini dah terpacak depan pintu rumah, dia masih tak lepaskan buku dan pensil. Kadang tuh sampai bergaduh bagai sebab nak suruh dia pakai shoes cepat nak keluar dah. Katanya, Camimi nak tulis-tulis dengan 'dia' jap. Camimi suka bahasakan 'kawan'nya sebagai 'dia'.


 Ini bukan gambar 'kawan' Camimi tapi ni lukisan kartun pertama Camimi. hihihihi


Bila aku tanya, siapa nama 'kawan' nya tu? Dia mula fikirkan nama kawan dia kat school. Jadi, kadang-kadang dia bagi tahu nama 'kawan' dia tu Zaran. Kadang Helmi, Haziq. So, aku tahula 'kawan' dia tu adalah seorang budak lelaki. Cuma Camimi tatau siapa sebenar nama 'kawan' dia.

Dah banyak kali aku nampak Camimi memang suka cakap sorang-sorang. Kalau aku tengah masak atau tonton tv, mula la aktiviti Camimi dengan 'kawan' dia tu. Memang riuh satu kampung mulut Camimi pot pet pot pet dengan 'kawan' dia. Kejap cakap baik-baik, kejap cakap marah-marah. Kejap memujuk, kejap berkelahi. Ada juga pe'el cikgu dia bawa balik ke rumah. Contohnya, Camimi suka pegang hanger dan ketuk-ketuk meja sambil sebut nama kawan dia yang tak siap kerja rumah la, tak colour cantik-cantik la, tak susun barang elok-elok la.. Gawat beb! Nampak sangat cikgu dia kat school tu garang. Hahhaha..

Namun, semuanya berakhir bila aku utarakan masalah Camimi yang suka cakap sorang-sorang ni kat parents aku. Masa tu kat rumah cousin aku di Damansara. Parents aku memang kenal seseorang yang boleh tafsirkan masalah ni. Lepas ayah aku call dan cakap-cakap sikit kat orang tu, terus Camimi marah bila orang tu kata nak halau 'kawan' dia balik ke tempat asal. Kami sempat tanya, 'kawan' Camimi tu ikut sekali tak datang ke rumah cousin aku tu? Camimi kata ada kat luar. Tak leh masuk. Tatau pula nape 'kawan' Camimi tu tak ikut masuk sekali.

Masa tu baru terasa meremang bulu roma aku. Selama ni aku tak rasa benda tu hadir dalam rumah kami. Aku cuma anggap Camimi memang suka bercakap sorang-sorang sebab dia takde adik. Mungkin dia cuma berimiginasi dan suka bercakap dengan bear, giraffe, Pooh, penguin, kambing dan lain-lain binatang yang tak bernyawa yang setia menjadi koleksi di bilik dia.

Semenjak urusan halau tu selesai, kerap juga aku tnya Camimi. 'Kawan' Camimi tu ada tak? Camimi kata takde. Bila kat bilik nak tidurkan dia aku tanya lagi. 'Kawan' Camimi ada tak kat sini? Then Camimi kata, "takde... Camimi dah taknak kawan dengan dia lagi."

Bile pergi jalan mana-mana aku tanya lagi samada 'kawan' Camimi tu ikut tak? Seb baik Camimi ni tak de perasaan bengang pada aku yang suka tanya banyak kali. Kalau tak mahu dia cakap "mommy ni awat penakut sangat? Asyik tanya je?" Hahahah...

Sebelum kejadian halau 'kawan' dia tu, aku pernah tanya secara berseloroh pada Camimi. "Camimi cakap dengan siapa? Mana 'kawan' Camimi tu...?. Korang tahu apa dia jawab? "Camimi cakap dengan 'dia' laaa... 'Dia' ada kat sebelah mommy tu..."

Huhuhuhu....

Lepas 'kawan' Camimi tu disuruh balik ke tempat asalnya terus Camimi demam 3 hari. Dari Isnin hingga ke Rabu. Sebab tu aku terpaksa ambil cuti. Orang yang halau 'kawan' Camimi tu kata, 'kawan Camimi marah sebab tu Camimi demam. Em, entahla...



Note: Aku tak minta untuk korang percaya ataupun menjadi taksub tentang perkara ni. Biarlah ia menjadi lipatan sejarah dalam proses tumbesaran Camimi. Esok-esok kalau Camimi dah besar dan pandai baca, biarlah dia baca blog mommy dia ni. Biar dia teringat yang dia pernah 'dicelikkan' sekejap matanya untuk melihat benda-benda halus begitu.

Sunday

CONTEST PHOTO ANAKKU CERIA

Salam uols,

Wah, ada kawan pelawa aku untuk join contest la. Tak pernah aku nak join contest kan? Sebab tak larat nak cari gambar-gambar Camimi yang beribu-ribu tu untuk dijadikan the best (kononnya la...) nak tepek dalam contest tu.

Ok, nama contest tersebut adalah CONTEST PHOTO ANAKKU CERIA. Uols boleh gak nak join contest ni dan boleh pergi ke blog penganjur contest tersebut untuk maklumat lebih lanjut dan baca syarat-syarat mudahnya. Boleh klik aje kat sini.


Ok, untuk contest tersebut, aku decided nak letak photo seperti di bawah:










....








...











...







...

















Nama: Nur Zieryn Schamimie 
Umur: 3 Tahun 4 bulan.
Nama Bapa: Muhamad Fauzi Othman
Nama Ibu: Shahurin Hilma Abd. Rashid

Aku pilih gambar ni sebab nampak Camimi dah besar, ceria dan feminin. Hehehehe... Dia tengah ceria dan gembira sebab aku baru lepas memborong aksesori dia seperti cekak rambut, riben kepala, klip rambut, pengikat rambut dan macam-macam lagi. Habis semua pengikat rambut yang meriah-meriah dia salutkan dipergelangan tangan dia. Bila aku nak ambil gambar, inilah hasilnya. Gambar tangan dia blur sebab dia sedang mengelek-gelekkan tangan dia. (konon nak menggayakan aksesori tu bagai)

Ok, dengan gumbiranya aku nak tag juga ibu-ibu seperti di bawah ini untuk join contest tersebut. The more the merrier. Hehehhe

Ha, ramai gila aku tag. Hehhe..sila la join kerana anak-anak uols lagi comel dan ceria... weeeee...!

Wednesday

CAMIMI DEMAM

Salam uols, dah 3 hari aku dok rumah. Jaga Camimi yang sedang demam. Memang terasa malas je jari jemari runcing ni (hak..hak..hak) nak menari-nari atas keyboard. Tapi sebab sekarang ni tengah hujan, astro tak berfungsi (huh!) dan Camimi pula sedang tidur aku tatau nak buat apa dah. Masak dah, cuci baju dah, sidai kain pun dah. Tengah sedap-sedap nak layan movie sekali hujan lebat daaaa.. Itu la kelemahan astro. Bayar mahal-mahal tapi time hujan tak leh nak tonton.

Oh ye, takde pula DVD yang menarik nak dilayan. Sebab banyak dah khatam. Tinggal movie yang tak menarik. Tak sesuai dengan jiwa naluri aku. Hhehehehhe..

Ok lah back to kisah Camimi. Malam Isnin tu Camimi mengadu sakit kepala. Dia suruh aku urut-urut kepala dia. Terasa suam juga suhu badannya. Lepas tu dia tertidur. Aku ingat suam-suam biasa. Kang esok pagi bangun tidur dan mandi, redha la sikit suam dia. Kan sekarang malam-malam rasa bahang je. Aku tunggu je hujan, bila mau turun. Kadang-kadang tengok dah mendung, tapi tak turun-turun hujannya.

Isnin pagi tu hantar Camimi pergi school. Tengahari cikgu Camimi dah call daddy dia suruh datang amik. Camimi demam panas. Merengek-rengek. Makan tamau, susu tamau, mandi pon tamau. So, Isnin tu aku ambil halfday. Teman dan rawat Camimi kat rumah. Sebab dia tak makan kat school, so aku drive thru McD. Beli fries dan bubur ayam. Dia just makan fries tu je sampai la habis. Bubur ayam buat pekasam masuk peti sejuk. Tamau dia!

Hari ke-2 aku masak sup ayam taruk kentang, carrot, bunga kobis dan sawi. Taubat la Camimi nak makan sayur-sayur tu. Sudahnya masuk dalam mulut mommy dia. Dia just makan nasi dan sup. Okehla..asalkan dia nak makan nasi. Hari ni pula iaitu hari ke-3 aku masak ayam kurma. Taruk kentang, carrot, cendawan. Camimi just makan nasi dan kuah kurma je. Memang pelik kalau uols tgk Camimi makan. Time dia sihat pun dia takkan sentuh ayam, ikan, sayur-sayuran dan telur. Cuma kuah dan nasi. Itupun nasi tu aku paksa dia telan. Salah aku juga kot. Time pregnant kan dia aku loya tengok nasi dan lauk pauk masa mabuk-mabuk. Bila dah fly ke sana, mana nak masak nasi? Mana nak makan lauk pauk Malaysia? Makan makanan sana la.. Masa Camimi baby dan dah boleh makan benda-benda solid, aku dah perasan dia tak suka bubur nasi yang aku buat. Dia lebih sukakan bubur biskut yang dilenyek dan bubur gandum yang dijual kat kedai.

Sebenarnya ada sebab kenapa Camimi ni demam panas tak baik-baik lagi ni. Sebab tetiba je demamnya. Nanti next entry aku cerita okeh. Aku dapat tahu pun sebab ada orang yang arif tentang perkara ni beritahu. Ianya ada kena mengena dengan 'kawan' dia. Huhuhuu spooky..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...