Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Showing posts with label PARKING. Show all posts
Showing posts with label PARKING. Show all posts

Tuesday

MEREKA YANG BIJAK PANDAI

Ada beberapa aspek yang saya lupa untuk diambil kira sebenarnya dalam pemilihan membeli jenis kediaman. Saya akuinya dan saya rasa mungkin sudah takdir yang telah menentukannya. Kini saya berhadapan dan perlu melaluinya dengan sebaik-baiknya... :)

Sebenarnya betapa untungnya menjadi penghuni-penghuni kediaman jenis apartment mahupun kondominium yang telah berpindah ke kediaman baru mereka lebih awal daripada yang lain. Banyak perkara mereka terselamat dan mampu untuk berbuat sesuka hati mereka tanpa dihalang oleh penghuni-penghuni yang lain.

Kadang-kadang terdetik rasa di hati ini memiliki rumah idaman seperti apartment mahupun kondominium ibarat duduk di dalam hostel. Banyak perkara tidak boleh dilakukan, jangan dilakukan dan dilarang melakukannya. Yelah, kita hidup berjiran. Berkongsi satu tanah, tapi lain-lain unit.

Bagi penghuni-penghuni yang telah berpindah awal ke kediaman baru mereka, nak tebuk dinding concrete rumah sesuka hati siang dan malam tak kira hari biasa mahupun hari minggu, tiada sesiapa yang akan menghalang mereka. Kau bantai la dinding tu bertubi-tubi sampai lunyai pon takda orang akan marah. Sebab takda sesiapa lagi yang dah bermastautin kat situ melainkan kau. Tapi, kasihan kepada penghuni-penghuni yang lambat berpindah. Aktiviti mereka selalu disalah ertikan dan mendapat kritikan penghuni-penghuni yang telah pun berpindah lama ke situ. Inilah tindakan paling bijak pernah saya tengok oleh AJK-AJK perumahan di situ. Mereka sangat adil dan saksama bukan?

Oh, bagaimana pelantikan AJK-AJK di situ? Pada awalnya, pelantikan mereka adalah sendiri syok, sendiri lantik. Kau pindah awal, kau berhak buat undang-undang kau sendiri. Kau la berkuasa. Ini juga tindakan yang bijaksana oleh mereka. Syabas diucapkan..!

Kadang-kadang, kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Kerana 2-3 orang penghuni buat pengubahsuaian rumah tidak mengambil kira aspek-aspek kebersihan dan keselamatan, habis kesemua penghuni-penghuni yang lain akan dikenakan undang-undang yang ketat. Disebabkan kau berpindah awal dan telah buat pengubahsuaian rumah sampai kotor sana sini, tak buang sisa binaan, tak bersihkan pasir dan simen tiada sesiapa pun marah kat kau. Tapi penghuni-penghuni lain yang selepas kau berpindah ke sini, nak buat pengubahsuaian itu dan ini habis kau terjah dan marah. Bising la, kotor la, berdebu la. Terus, dah dikenakan deposit RM500 untuk sesiapa nak buat kerja-kerja pengubahsuaian. Bijak la... untung mereka yang pindah awal tak perlu dikenakan sebarang deposit langsung dan boleh bantai hari minggu pun untuk buat kerja-kerja tu walhal memang dah tertera dalam T&C pemaju perumahan tentang yes and not to do. Hebat la kau..!

Lori-lori delivery yang hantar perabot ke rumah dikenakan syarat yang sangat ketat. Seolah-olah tak boleh hantar barang yang dibeli pada hari minggu. Yeker? Kalau sampai perabot hari minggu, kena tengok AJK keselamatan ada ke idak kat apartment tu. Kalau takda, driver lori kena pakir lori mereka di luar kawasan kediaman. Kau pikul la perabot-perabot tu masuk ke kediaman pelanggan mereka. Kasihan orang yang mengangkat perabot-perabot tu. Jauh nak berjalan, walhal ada je tempat loading dan unloading di kawasan kediaman ni. Siap ada ramp lagi. Memudahkan mereka yang menggunakan troli untuk bawa barang-barang yang berat. Bijak..bijak.. Menyusahkan kuli-kuli kedai perabot tu ye? Walhal kita ni semua sama-sama jadi kuli. Kerja makan gaji kira kuli la jugak kan...? :)

Sebab asalnya beberapa minggu yang lalu berlaku kecurian. Sebuah rumah kat apartment ni kene pecah masuk. Pencuri-pencuri tu buat kerja time-time orang pergi kerja. Memang bijak betulla pencuri tu. Diorang tak tunggu malam-malam buta nak rompak macam yang biasa kita dengar. Tapi mereka tunggu penghuni pergi kerja, then mereka boleh buat kerja. Tapi itu salah siapa? Salah penghuni tu ker? Ke salah pihak AJK Keselamatan termasuk pak guard sekali?

Lepas kejadian tu macam biasala.. Macam-macam peraturan dikuatkuasakan. Pak guard pon dah jadi strict. Pelawat-pelawat yang datang ditanya macam-macam. Macam polis pencen daaa pak guard tu. Walhal mereka itu semua tetamu kepada penghuni-penghuni di situ. Macam aku kata la.. seperti duduk dalam hostel da... Nak terima tetamu macam susah je. Kan senang just amik diorang punya IC ke Lesen mandu ke then kau tuliskanla kat buku log korang. Ini memberi kemudahan kepada pelawat-pelawat yang mengandung, yang membawa anak, warga emas dan orang kurang upaya. Ada juga tu pelawat perempuan yang sedang membawa 2 orang anak diminta pakir keretanya diluar kawasan kediaman sebab tempat letak kereta pelawat yang disediakan sudah penuh. Nasib baik kepala hotak aku ni brilliant sikit,  aku surah pakir aje kat lot aku sebab kebetulan kereta aku takda. Bukan susah sangat pon sebenarnya.

Satu lot umah dibenarkan memiliki satu lot parking kereta saja. Kalau ada yang lebih, pandai-pandai la korang pakir di luar kawasan perumahan. Especially yang tinggal bujang ramai-ramai dalam satu lot umah. Terpaksa cari tempat pakir di luar kawasan. Ini kes biasala sebab tempat pakir kereta terhad. Kena utamakan pemilik rumah yang mempunyai kereta dan motosikal dan mempunyai sticker kediaman. Tapi ada juga yang berdegil. Kau rembat aje tempat pakir kereta orang lain, memandangkan tuan lot umah tu masih belum pindah. Dan kau tu siapa? Orang yang memegang jawatan sebagai AJK di dalam kawasan kediaman itu. Wah..sangat berkuasa engkau ya? Kau gubal undang-undang, kau sendiri tak patuhi. Hebat dan syabas diucapkan!!

So, oleh kerana ada banyak orang macam kau ni, bila tempat pakir kereta pelawat penuh, pelawat-pelawat lain yang datang tentu akan dapat masalah. Patutnya lot pakir tuan rumah yang belum pindah boleh digunakan sementara untuk memakir kereta pelawat (kerana belum dicat nombor plat kereta tuan rumah), tapi semua tidak boleh digunakan sebab ada orang sudah salah guna kuasa mereka. Bijak la kau ni!

Oh ya, satu lagi keputusan yang bijak telah diambil oleh AJK-AJK di situ. Setiap lot pakir kereta akan dicat dengan nombor rumah sekali. Wah... memang menarik la kan?! Tapi, relevant ke semua tu? Oh, kereta di lot no. 82 orang akan tahu rumahnya nombor berapa. Cuba kalau korang bayangkan kalau pencuri nak buat kerja dia. Dia akan sedia maklum yang tuan rumah pakir lot tersebut ada di rumah atau tidak. Hebat kan?!

Sebab berlaku kecurian tempoh hari, jalan sehala dalam kawasan kediaman itu yang membolehkan kereta membuat pusingan U sekarang sudah ditutup dan direntangi rantai plastik dan kon merah. So, mana-mana kereta yang hendak membuat pusingan dalam kawasan tersebut aku tak tahu la bagaimana caranya. Mungkin kena keluar dulu dan melepasi gate automatik dan ambil jalan masuk semula untuk kembali berada di dalam kawasan kediaman. Wah... bagusla idea kau! Ini dah membolehkan jalan sehala menjadi 2 hala sebab orang akan malas nak keluar dan masuk semula. Aduhaiii..

Satu lagi la yang terbaeekkkk dari Kontraktor Utama (Main Cont) yang telah membina apartment tersebut. Agak-agak kalau wakil yang kau tempatkan kat apartment tu tak boleh buat kerja, baikla kau cari orang lain. Takda la penghuni-penghuni yang lain rasa susah untuk mendapatkan khidmat wakil tu untuk membaiki sebarang kerosakan dalam tempoh tanggungan kontraktor. Ni tak, janji nak betulkan itu dan ini tapi batang hidung kau pon aku tak nampak. Kalau orang telefon kau, jangan harapla kau nak angkat kan? Apatah lagi kalau nak berbalas sms. Sumpah kau takkan buat kan? Apa kerja kau cuma makan gaji buta macam tu ker? Bila bertembung, bila ditanya, alasan kau serupa dari dulu sampai sekarang yang mana budak tadika lebih reti nak bagi jawapan kat mak dia kalau dia malas nak pergi sekolah!

Dari bulan 11 tahun lepas aku beli rumah, bulan 2 aku dapat kunci dan bermula bulan 4 aku berpindah kat situ (walhal dah ramai yang sudah berpindah), macam-macam perkara berlaku. Semua aku tak ambil pusing sebab aku fikir mungkin semua ini hanya sementara. Tapi aku memang tak boleh tengok kalau orang mengambil kesempatan ke atas jawatan yang disandangnya dan memperlekehkan penghuni-penghuni yang baru berpindah. Itu kah cara kita sesama Melayu?

Aku bukan nak mengaibkan orang dengan bercerita semua ini sebab aku takda mention nama sesiapa pun kat sini malah orang pun tak tahu aku beli apartment kat mana. Tapi inilah masalah kita kalau masing-masing nak jadi ketua dan ingin berkuasa. Lihat sajalah isu politik negara kita.. semua bermula dari sini... bermula dari sekecil-kecil isu..

PAY AND DISPLAY

Kali ni nak bercerita tentang parking 'Pay and Display' atau biasa dlm Melayu je; 'Bayar dan Pamer'. Biasanya parking macam ni ada di mana2 pusat bandar. Di Shah Alam tak terkecuali la. Kat ofis saya nih pon parking jenis gitu. So paham-paham je la kene invest money untuk parking pulak. huhuuh

Tapi yang tak seronok tu, penguatkuasa MBSA jarang nak saman kereta-kereta di kawasan ofis saya ni. Dalam sebulan mahunya 2-3 kali je penguatkuasa buat rondaan sambil menyaman-nyaman. Oleh itu terasa sangat la rugi kalo kami satu ofis dan lain-lain ofis untuk beli kupon parking kereta yang sebulan punya.

Lagi pon, kadang-kadang saya berada kat ofis utk 3-4 jam je. Kadang-kadang separuh hari je. Yelah, banyak kerja luar yang perlu dibereskan. Scope of Works yg diberi oleh boss usah dipertikaikan yek..?! Saya yang hanya menurut perintah la katakan...

So, sekarang memang tak beli dah kupon parking kereta. Gune syiling aje untuk tempoh-tempoh tertentu. Tapi sekarang kami dah hafal schedule si penguatkuasa datang buat rondaan. Kebiasaannya adalah sebelah pagi hingga ke tengahari. Belah petang sangat la jarang. Kalo waktu mendung dah nak hujan lagi la jangan la harap. Takyah bayar parking time gitu pon takpe sebab confirm penguatkuasa takde nak buat rondaan. Idak la dia sanggup kene petir, kilat dan basah lenjun dek hujan dak...?
Ada cara lain jugak kalau nak tahu si penguatkuasa datang meronda-ronda. Biasanya ada pakcik India tukang cuci kereta yang naik basikal tu akan bagi tahu kitorang dulu. Yelah, dah keje pakcik tu jalan-jalan cari kereta siapa yang nak dia cuci. Secara tak langsung nampak kelibat si penguatkuasa tengah buat rondaan. Dengan sepantas kilat dia akan hebahkan tentang kedatangan si penguatkuasa tu. So, siapa-siapa yang alert mesti macam lipas kudung punye turun tangga nak pergi bayar parking kereta kat mesin-mesin yang berdekatan.
Ada jugak cara lain. Makcik taukeh restoran bawah ofis saya ni pon kiranya dah boleh diupah menjadi barua.. (hahhaha ganas betol ayat aku!). Dok makcik tu lepak-lepak depan kaunter, nampak aje kelibat penguatkuasa, terus aje makcik tu jerit-jerit! "ehhh..nannti...nannnttiiii....!" Korang tau ke apa makcik tuh buat selepas itu. 

Makcik tu akan tahan si penguatkuasa tu daripada menyaman kereta-kereta yg biasa makcik tuh 'jaga'. Then makcik tu akan tolong bayarkan dulu tiket parking kereta-kereta orang yg terlarat dia bayarkan, termasukla kereta saya dan bos saya. heheheh.. bagus tau makcik ni. Sayang bebenor pada dia! Nanti bila dah turun nak beli makanan baru lah masing-masing tau yang makcik tu tadi dok tolong bayarkan parking kereta semua orang. So, apa lagi? Sesi membayar pulak pada makcik tu la sebab dia dah dulukan duit dia.

Ada gak cara lain iaitu cara 'berserah'. Ha, ini memang cara gamble aje la. Agak-agak nak parking sekejap, beranikan la diri tak payah bayar parking. Kalo nasib baik, lepas. Kalo tak RM30 terbang. Itupon kalo bayar saman within 14 days. Kalo tak RM50 terbang. 

Tapi sekarang, nampak gayanya tak sempat entry saya ni nak kuar, si penguatkuasa sudah mengambil langkah segera! Diorang dah kerap buat rondaan la semenjak dua menjak ni. Setakat ni kereta saya dah 2 kali kene saman. Makcik restoran bawah ni pon tak sempat usha si penguatkuasa. Tengok-tengok kereta dia pon dah ada 'surat cinta' tersepit kat viper kereta. Entah mana datang si penguatkuasa tu, tetiba aje dah ada yang melambai-lambai di wind screen kereta. Mungkin si penguatkuasa guna ilmu tak? hahahha...

Ok, kalau bayar saman awal sebelum 14 hari, ada RM10 discount. Maknanya daripada kene bayar RM30, jadi kene bayar RM20 aje. Nak pergi bayar pon bukan kene beratur panjang pon, ada kaunter tingkap disediakan oleh pihak MBSA di bangunan MBSA. Mudah dan menjimatkan masa! Nasib baik.. kalo tak tak kuasa nak parking-parking then nak kene beratur pulak. huh!

Dah kene saman 2x nih pon saya masih tidak mahu menggunakan kupon parking untuk sebulan tu. Sebab kalo dihitung-hitung, bayaran syiling saya pada mesin parking tu masih kurang daripada RM60 yang diperuntukan untuk kupon parking selama sebulan. Dah save kat situ. Lagipon sekarang musim hujan. Si penguatkuasa mesti tamau kena hujan dan panah petir kan..? Huhuu..save lagi! Nasib la...

Note: Petang ni saya menggunakan cara 'berserah' sebab dah petang, mendung. Jgn la ada si penguatkuasa..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...