Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Showing posts with label NEIGHBOUR. Show all posts
Showing posts with label NEIGHBOUR. Show all posts

Friday

MALAM NI!!

Salam Jumaat uols,

Wah, selalu hari Jumaat memang tertunggu-tunggu. Mood happy kan? Owh, hari ni mood aku sedikit spoil sebab tengah period pain ya amat. <---- tapi sempat update blog la pula..!

Semalam bagi tau kat husband yang aku baru period. Cakap kat hp je. Sedih pula kedengaran suara dia. Ada 2 sebab kenapa dia sedih. Sendiri paham la.. aku terkulat-kulat je. Dia yang tertanya-tanya, "Why sayang..? why..?!"

Okeh, malam ni jangan lupa terpacak depan tv tengok Maharaja Lawak ye? Malam ni parents dan adik aku datang rumah nak makan malam sambil nak tonton Maharaja Lawak. Aku tanya parents aku nak makan nasi or benda lain? Kena tanya la senang aku nak masak.

So parents aku decided nak makan capati dan roti nan je. Jadi harus aku beli roti nan kat mamak Syed Seksyen 3 nanti. (tempat lain bagi aku tak selembut Syed). Capati aku beli kat Tesco, balik rumah nanti panaskan kat kuali leper. Kuah tambahan pula, aku masak je la ikan sardin nanti. Memang sedap sambil makan dengan roti nan dan capati kan?

Owh, teringat aku pernah belajar buat roti capati dari seorang pelajar India or Pakistan (aku dah lupa daaaa) masa dok kat Germany dulu. Senang ya amat! Asal semua bahan ada, cara pun tahu dah boleh masak capati kat dapur sendiri. Tapi balik Malaysia, ilmu dah masuk ke laut. Aku lebih suka membeli dari bersilat kat dapur. Tapi selama aku cuti jaga Camimi demam tempoh hari, setiap hari aku masak okeh. Setiap hari aku panggil husband balik makan tengahari kat rumah. Setiap hari la orang nampak dapur aku tu berasap. Setiap hari juga la jiran sebelah menyebelah atas dan bawah boleh bau masakan aku. Rajin aku masak untuk sarapan, tengahari dan malam. Respek sama diri sendiri beb <---- kasi chance la aku angkat bakul sendiri hihihihi...

Tapi malam ni husband aku nak buat test kat students dia. Subjek Numerical Method? Ntah apa ke benda subjek dia. Aku pon tatau. So, hari ni the whole day students dia sibuk nak jumpa kat bilik. Nak tanya mana yang tak faham. Aku sempat tanya juga, tamau tengok Maharaja Lawak ke sampai nak buat test kat bebudak? Tak ke nanti bebudak tu marah sebab program Maharaja Lawak terganggu? Si suami berseloroh, siapa yang terasa test 1, test 2 dia corot terpaksa la score test 3 ni. Kalau tak nasih...nasib..

Tapi aku tahu, husband aku tu mana boleh termiss Maharaja dan Raja Lawak. Ulangan Maharaja dan Raja Lawak pun berkali-kali dia tengok. Berkali-kali juga dia gelak sorang-sorang. Camimi pun dah faham ikut bantai gelak juga. 

Okeh, cukup la sampai sini aku membebel. Perut pun dah lapar. Aku rasa nak pergi makan sekarang. Owh, makan nasi ye kawan-kawan. Sejak akhir-akhir ni diet seminggu sekali je nasi dah tenggelam. Sekarang setiap hari makan nasi. Cuma aku ambil nasi 1/4 senduk je la. Buat sedap mulut nak kunyah nasi. kui..kui..kui..

Note: selamat berhujung minggu.. yeeaaahhaa!

Wednesday

ADA YANG BUSUK HATI, ADA YANG BAIK HATI

Salam Aidilfitri u all... masih terasa kemeriahannya lagi kerw? Bagi saya kemuncak bulan Ramadhan adalah seminggu terakhir bulan tersebut, manakala kemuncak Syawal adalah hari pertama hingga hari ketujuh sahaja bulan tersebut.

Hari-hari lain adalah seperti hari-hari biasa pada bulan-bulan lain. Tambahan pula dah start kerja ni kan? ~sigh~ awatla tak leh cuti lama-lama haa..? ;p

Ni nak cerita tentang orang yang busuk hati. Kemudian baru cerita orang yang baik hati.

Kalau u all pernah baca tentang luahan perasaan saya mengenai segelintir jiran-jiran saya yang sangat 'berteloransi' hidup sebangunan dengan saya, ini cerita kesinambungannya..

Minggu lepas hari Ahad (yang mana still hari raya), sememangnya hari untuk penghuni beristirehat di rumah di samping menjemput saudara mara mahupun kenalan bertandang ke rumah untuk berhari raya. Tapi, time beginila ada segelintir jiran yang sangat 'perihatin' telah mengambil kesempatan untuk buat kerja-kerja penebukan dinding. Sangat baik punye timing okkkk...

Dari mula aku masak, sampai habis sudah aku memasak, then sampai habis sudah aku jamu orang makan, then sampai sudah aku kemas dapur, lap pinggan, masuk semula ke dalam rak tapi kerja-kerja drill jiran yang 'perihatin' tu masih belum siap. Aku tunggu juga kot-kot ada orang yang sepantas kilat nak menegur jiran tu untuk berhenti daripada berbuat kerja-kerja yang membingitkan teliga itu tapi sampai sudah tak da pon. Aku tatau la berapa banyak lobang orang tu nak tebuk. Mungkin dia ada banyak bingkai gambar nak gantung kot. Tak pun dia ada banyak TV nak pasang, mungkin di ruang tamu sebiji, di ruang makan sebiji, di bilik tidur utama sebiji, dan di bilik anak sebiji. Kat situ mungkin dah ada 16 lubang perlu ditebuk untuk menggantungkan TV-TV dia.

Tak seperti kes aku dulu. Ada 4 lubang je pon nak tebuk. Sampai lubang ke-3 dah ada orang ketuk pintu rumah. Ada seorang AJK tegur jangan drill time hari cuti, orang bawah marah! Laki aku siap merayu lagi untuk menebuk lagi satu lubang yang terakhir untuk menyempurnakan kerja. Tapi AJK ni tak mau bertolak ansur dan katanya orang bawah dah tak tahan bunyi bising. Jadi tertangguhla kerja-kerja nak gantung TV kat rumah aku tu. Agak-agaknya memang kena ambil cuti kot pada hari-hari biasa untuk buat kerja-kerja drill ni. Bijak betul undang-undang mereka kan..? Dah tu... sepantas kilat orang bawah buat report tentang kami buat bising kat atas. Tapi kes hari Ahad lepas, aku tengok elok je orang tu drill takda siapa pun nak halang.

Tapi aku laki bini tak busuk hati. Kami malas nak tegur kerja bising orang lain. Kalau orang lain mau tegur, silakan. Tapi bukan kami kerana kami masih boleh bertoleransi. Kita sesama Melayu, nak busuk hati buat apa? Esok-esok kau jalan turun naik lif pon orang dah leh kenal. Tak leh nak lari mana. Nak buat sombong pon tak guna.. Kita bukan duduk kat dalam rumah banglow dikelilingi tembok cina setinggi 7 meter. Tak payah nak jadi kera sumbang la..

Ini bukan kes drill yang pertama la aku sedari selepas kerja-kerja drill kami laki bini ditegur oleh AJK akibat ketidakpuashatian jiran bawah rumah. Tapi dah banyak kali.  Ada je jiran-jiran lain yang buat kerja-kerja drill pada hari cuti. Macam takda apa je yang berlaku. Elok je orang tu drill siap buat irama lagu lagi. Macam main-main pun ada. Aku siap provok laki aku "ha.. apa lagi? jom kita buat complaint" Hahah..seronok provok-provok gitu hakikatnya kami hanya simpan dalam hati je complaint tu. Laki aku pun macam paham-paham je perangai bini dia. (yang mana aku ni memerli jiran tu dalam diam)

Ok, aku habis cerita pasal orang yang busuk hati. Aku sekarang lebih suka nak bercerita pasal jiran yang baik hati.

Al-kisah, minggu lepas tayar belakang belah kanan kereta aku tak semena-mena pancit. Kami dah jalan keluar dari kawasan apartment nak ke rumah my paretns, then ada jiran tegur sambil tunjuk-tunjuk jarinya ke arah kereta. Aku terus terfikirkan tentang tayar yang pancit. Tak mungkin pasal pintu yang tak tertutup rapat sebab kalau pintu tak tutup rapat, auto door lock tak boleh befungsi.

Bila tengok, memang flat habis! Dah kritikal sangat. Nasib baik just 50m dari kawasan rumah, so my husband just slowly reversed the car then parking semula ke tempat asal. Jadi, kerja-kerja menukar tayar my husband yang buat. Macam biasa, saya jadi mando dan Camimi lebih gemar bertanyakan itu dan ini. (yang funny nya, orang kata tayar pancit dia kata pancut! even sampai ke rumah nenda, dia dok sibuk cakap tayar pancut! ~ camimi confuse between sebutan air pancut dan dan pancit)

Selama my husband tukar tayar pancit kepada tayar spare, ada 2-3 orang jiran datang membantu. At the same time, ada seorang jiran sebelah kereta siap cakap yang dia naik ke rumah kami di tingkat atas untuk memaklumkan pasal tayar kereta kami yang pancit. Dia beri salam banyak kali tapi katanya kami tak buka-buka juga pintu. Maklumla, wireless bell takda, wire bell lagi takda. (kes laki aku nak drill buat bell yang ada wire instead of wireless tu tapi sebab nak kena ambil cuti hari biasa untuk buat kerja-kerja drill tu yang tertangguh tu). Aku pun pelik, awat la kami tak dengar orang bagi salam kat luar sana. Camimi pasang tv kuat sangat ker? Yang penting masa tu aku amik turn mandi, laki aku plak baru habis mandi. (tamau citer kami laki bini mandi sesama boleh tak?)

So, kesimpulannya di sini, penghuni-penghuni kat kawasan apartment aku tu idakla semua busuk-busuk belaka. Kebanyakannya baik hati. Cuma segelintir je tak leh pakai! Diorang nak hidup macam barat kot. Contoh paling dekat di Germany. Time-time tertentu budak tak leh menangis terlolong-lolong tanpa dipujuk oleh orang dewasa. Nanti pintu rumah kene tendang. Kalau tetamu datang ke rumah kita, jangan terlalu bising sampai mengganggu jiran atas, bawah, kiri dan kanan. Nanti pintu kene ketuk! Jalan kat koridor dan tangga rumah jangan gelak-gelak, jerit-jerit. Nanti kene komplen! Kesimpulannya, jangan buat bising sampai ganggu jiran tetangga.

Ada perkara yang kita boleh guna pakai di Malaysia, ada yang tak boleh. Ada yang memang kita kene bertegas, ada yang kita boleh bertolak ansur. Ada perkara yang kita boleh fikir secara rasional, ada perkara kita kana buat berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Tapi tak perlu la jadi diktator yang mana engkau dan konco-konco kau boleh buat tapi orang lain tak boleh. Fikir-fikirkan la..

note: aku berani la nak berkata-kata kat sini sebab tiada jiran aku yang jadi follower blog aku. lagi pun aku tak mengata diorang, just berkata tentang realiti apa yang aku hadapi..

Friday

SUATU HARI TU...

Dah lama hati memberontak utk bertanya kan soalan ini pada ayahanda terchenta.. baru skrg terluah dek perkataan:

si anak: papa, kenapa makcik X tuh ek? dia ada masalah ke dgn keluarga kite?


ayahanda: kenapa dgn makcik X? dia buat apa?


si anak: yelah, setiap hari saya lalu dpn umah dia, bile saya senyum pada makcik X, dia buat2 tak nampak plak..


ayahanda: mmg dia tak nampak la tu...


si anak: tak nampak apa nye papa. on d way lalu dpn umah dia pon dia perasan ada kete akan lalu dpn. bile kete saya dh betol2 berada dpn umah dia, saya senyum dia kalih kepala dia ngadap lain. nape? dia ada masalah ke dgn papa n mama?


ayahanda: takdela. mana de masalah.. bile makcik X buat gitu?


si anak: dah lama dah papa. since saya blk dari Germany lagi. kadang2 bile saya lalu betol2 dpn umah dia, dia berada di gate umah dia, saya angkat tgn tanda hormat. tapi dia buat2 tak nmpk. kenapa plak makcik X begitu ek?


ayahanda: takpe, kamu sbg si muda dh jalankan tanggungjawab utk menghormati org tua. bile berselisih, kamu sudah tunjuk cara kamu hormat org tua. jadi abaikan saja perilaku makcik X tu. mungkin dia ada tersinggung apa2 atau tak puas hati pada kite, mana tau!

-------------------------------------

dear makcik X,


(bisikan jahat dlm hati saya)
pasnih saya lalu dpn umah makcik, saya menonong tamau pandang umah makcik lagi. sbb makcik pon bkn nk tgk saya senyum dan angkat tgn pada makcik pon kan? makcik tak suke kot. oleh itu, lain hari, makcik jgn kata saya nyombong tak hormat makcik ok..





(bisikan baik meresap dlm hati)

agaknye makcik ni betol2 tak nmpk saya. tinted kete saya gelap sgt kot. smpai saya sorang2 syok sdri dlm kete angkat tgn dan senyum2 kt makcik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...