Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Showing posts with label ACCIDENT. Show all posts
Showing posts with label ACCIDENT. Show all posts

Tuesday

TRAGEDI CAMERON HIGHLANDS

Salam guys,

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita tragedi bas dua tingkat yang membawa pelancong asing dari Thailand seramai 35 orang mengalami kecelakaan di KM 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.


Klik sini untuk berita Metro


Klik sini untuk berita Kosmo

Bagaimanapun, tujuan entry ini bukan untuk mengulas lebih lanjut tentang kemalangan ngeri ini. Kerana u all semua boleh ketahuinya daripada link-link yang ada pada kedua-dua gambar tersebut.

Selain daripada itu, saya tertunggu-tunggu juga ulasan lanjut daripada Abg Sham, Ondscene yang mana beliau selalu memaparkan berita-berita mengenai kemalangan yang berlaku serata Malaysia (yang mana termampu sendiri oleh beliau). ~ sesiapa yang tak sanggup tengok gambar-gambar berdarah, baik jangan lawat page tu!

Walau bagaimanapun, kemalangan ngeri ini berkemungkinan berpunca daripada masalah brek dan tayar.

Komen dari saya sendiri:

Hampir sebulan yang lepas kami sekeluarga memandu ke CH untuk cuti-cuti Malaysia. Juga melalui laluan Simpang Pulai berbanding Tapah walaupun kami memandu dari arah Kuala Lumpur. Ini kerana kami lebih selesa dengan laluan Simpang Pulai yang mana ianya jalanraya yang kurang sibuk, jalan yang lebih luas, pemandangan yang lebih cantik, keadaan jalan yang diselenggara baik dan jalanraya yang tidak sempit (yang mana terdapat banyak kawasan yang dibenarkan untuk memotong)

Kami telah membuat persiapan dari segi 'condition of the car'. Sebelum berangkat ke sana, seminggu sebelum itu kami servis kereta (30,000 km) yang mana ianya meliputi servis minyak hitam, enjin, air cond, dan lain-lain yang bukan major servis. Tetapi ianya servis yang memadai untuk kami membuat perjalanan jauh dan berbukit bukau.

Akan tetapi, kami akui, perjalanan untuk ke sana (Simpang Pulai-Cameron Highlands) dan di sana (memasuki kawasan CH) adalah satu perjalanan yang mencabar, penuh berisiko dan mendebarkan. Tambah lagi kami selalu bertembung dengan kenderaan-kenderaan besar dan berat. Oleh itu, penggunaan brek adalah kerap.

Habis cuti-cuti di sana, kami sedari brek hadapan kereta kami sudah berbunyi. Bila diperiksa, rupanya brake pad kami sudah haus. Besi pada brake pad itu yang contact dengan disc tayar. Sebab itu menghasilkan bunyi. Sudah masanya kami menukar kepada brake pad yang baru. Padahal, jikalau mengikut jadual servis kereta, sepatutnya kami tukar brake pad adalah pada servis major iaitu 40,000km. Oleh kerana baru-baru ni kami memandu ke CH yang mana kegunaan brake adalah kerap, maka kami terpaksa mempercepatkan penukaran brake pad kami.

Seminggu selepas tukar brake pad depan (kedua-dua tayar depan), brake pad belakang pula berbunyi. Sudah! Ok, kami akui yang perjalan ke sana telah memakan brake pad keempat-empat tayar kereta kami.. :)

Pesan kami untuk kawan-kawan yang nak bercuti-cuti ke sana mahupun ke tempat-tempat lain yang berbukit bukau, sila la pastikan keadaan kereta anda dalam keadaan baik dan selamat.

Monday

SAYA ACCIDENT

Dulu saya cerita kereta suami lampunye kene kopak, dan minggu lepas kete saya plak accident. apa nak jadi.. dah nasib badan..

saya dlm perjalanan nk amik mother saya dari ofis ke pusat bandar hari jumaat tu dlm kol 3pm lbh. mmg dah mtk izin bos saya akan 'on call' amik mother saya blk keje. bos tak kesah sbb bos mmg bertimbang rasa. tapi nasib saya ptg tuh tak berapa baik, saya berlanggar dgn bontot honda crv..


itulah.. blum hbs ofis hour dah cabut. nk buat mcm mana.. mother saya takde kete. dia tgh tggu kete baru dia kuar. so samada father saya atau saya yg kene jemput dia blk keje buat sementara waktu ni..

la ni, saya sama2 dgn mother saya plak takde kete. sbb kete kontot saya tu dah masuk bengkel. payah ni nk g keje! manis betol 'darah' kete saya tuh. saya baru nk trade in kete tuh next week utk down payment kete baru saya yg lain. nmpknye kene hold 2 weeks la dulu.


cuaca masa tuh renyai, so jln licin. dpn kete saya adalah kete honda crv tu. dpn kete dia plak kete iswara aerobek mengembek tuh, yg dipandu oleh seorang wanita #$^%$&(@#$@%. semasa berasa di satu persimpangan yg confirm tak leh wat u-turn tapi wanita #$#%$&^$%^$%& punya la brilliant kepala hotaknye nk buat u-turn jugak kt situ sambil amik side kiri sikit kononnye nak bg corner baring kete dia. aleh2 crv honda tu brek mengejut, dan saya plak lagi la terkejut smbil brek baik punye bunyi terus je melekat cium bontot crv honda tu.


selang beberapa minit slps 3 kereta ni accident, kt satu persimpangan dkt2 dgn kawasan kami accident ni ada 2 kete berlanggar bontot juga. sbb nya..? satu kete tuh asyik pandang kete kami kt bahu jalan, tanpa dia sedari dia terlanggar bontot kete dpn dia plak.. sudahhhh...!

note:

1) masa saya accident ni sume kaum keluarga saya yg ada turun padang; suami saya, abg saya, mother saya dan juga father saya. menggigil saya tauuu akibat trauma..!
2) kete kontot ni lama dah berbakti pada saya, since saya belajar degree kt uitm dulu. pastuh kawen dan ke germany still ada lagi kete ni. balik dari germany baru plan nk tukar kete lain, tapi kete ni seolah2 'tunjuk perasaan' plak.. sian dia, kan?!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...