Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

INI YANG AKU SUKA PASAL ANMUM

Ok, Anmum Essential kembali lagi dengan penyertaan untuk mendapatkan pek percuma 500g. Promosi adalah bermula dari 12 September 2011-12 Disember 2011. 

Best ooo...

Senang aje caranya. Cuma kumpulkan tag bertulis 'Anmum' yang ada pada scoop Anmum Essential yang diberikan percuma dalam setiap kotak atau tin yang dibeli. Ada warna kuning (untuk  500g) dan warna purple (untuk 1.2kg/1.6kg)

Aku memang banyak belikan pek yang ada purple scoop untuk Camimi. Sekali beli 2 kotak refill boleh tahan untuk 4 minggu. Cuma sekarang makin besar Camimi, makin dah kurang minum susu sikit. So, boleh tahan sehingga 5-6 minggu.



Yang bestnya, tahun lepas cuma redeem 3 kotak 500g sahaja, tapi tahun ni 5 kotak aku nak redeem. Itu dah maximum, tak boleh lebih walhal kalau ikutkan nak redeem sampai 7 kotak. Ha, banyak ke tak banyak Camimi minum susu? So, scoop tag yang balance tu aku bawa ke tahun hadapan la gamaknya.

Lagi yang best tahun ni apabila cuma memerlukan 5  scoop tag untuk warna purple berbanding tahun lepas 6. Warna kuning tu pula sama je bilangannya dari tahun-tahun sebelum ini :) Sebab tu bilangan redemption lebih banyak. Hehehhe...

Jadi, tahun ni aku susun scoop tag tu proper sikit la berbanding tahun lepas. Semangat ni.. semangat nak dapat benda free ok. Jimat sebulan lebih dah tak payah beli susu Camimi :)


Ok, so tunggu je la kurier datang bawa susu Camimi. Sekali datang dengan 5 kotak kah? Atau macam tahun-tahun lepas datang seketol, seketol.. Tak kesah la, asalkan dapat. Dah orang kasi free kan..?

Ok, susu brand lain macam mana? Ada yang dapat apa-apa secara percuma tak? Kalau kawan-kawan tak promote macam mana nak tahu kan..? So, cerita la..

Note: Oh hari ni period pain sakit nyerrr!!! Mak tolongg!!!<=== gelak la kat aku. Misi bulan ni fail lagi uwaaaa~~

Wednesday

MATA BENGKAK DATANG OFIS

Pagi-pagi masuk bilik air aku tengok mata aku dah bengkak kat cermin. Malam tadi nangis terover sudah. Biasalah hati aku ni sensitif sikit. So, untuk elak orang sekeliling perasan jadi hari ni aku letak celak tebal kat mata. Eh, betul ke tips begitu? Sebab aku tak reti ber-eye-shadow bagai. Ilmu tak habis tuntut lagi. Nanti orang ingat ada cendawan tumbuh kat kelopak mata aku pula!

Ok, sure ramai yang tertanya-tanya kenapa aku menangis malam tadi? Gaduh dengan suami ke? Kalau gaduh dengan suami, merajuk dan menangis takkan aku nak cerita bagi satu dunia tahu kan..? Sebab selalu kalau salah faham dengan suami sendiri tak sampai sehari dah baik. Tak sempat aku nak karang masuk blog, si suami dah pujuk. Muahahahha.. pantas kan?! Lagi pun tak best la cerita pasal hal rumah tangga.. :)

Oklah..okla.. sebenarnya aku nangis bagai nak rak sampai bengkak-bengkak mata sebab benda alah ni la...

.....








....











...




















...




















...








Doktor Cinta
Jangan marah aaaa....

Aku kan kaki novel. Agak-agak kalau lama aku tak update blog, maknanya aku sibuk baca novel la tu.. Sekali beli mahunya 3-4 buah. Aku kan gila novel Melayu ni. Walaupun aku belajar bahasa Inggeris, belajar bahasa German, aku tetap pilih novel bahasa Malaysia. Hehehe..

Ada part yang aku sedih jadi aku teringat lagu Geisha - Cinta dan Benci. Sangat kena dan sesuai. Jadi, lagi la aku menanigs! Uwaaaaa ~ ~


ok..ok.. malas nk buka video clip tu eh. Yelah, manalah tahu ada company yg block youtube. Ada yang ok. Tapi takpe. Aku sertakan liriknya sekali.

Lirik Lagu Geisha – Cinta dan Benci



bagaimana cara membuatmu bahagia
nyaris ku menyerah jalani semua
tlah berbagai kata ku ungkap percuma
agar kau percaya cintaku berharga




tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, tak pernah merindu





reff:

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa





apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi




tlah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu



repeat reff

woo ooo ku sakit karenamu


sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci




sungguh aku tak bisa membenci dirimu
sesungguhnya aku tak mampu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci ooo
cinta dan benci ooo yang ku rasa

Weh, aku sedih la baca novel ni. Korang nak tahu berkisah apa, pergila beli eh. Tak rugi baca. Bahasa memang sempoi sebab penulisnya baru umur 25 tahun. Gaya bahasa memang kelakar. Tapi part touching tu aku tak boleh tahan la air mata ni dari terkeluar. Memang menyentuh perasaan.


Wahai lelaki-lelaki di luar sana. Walau sekaya mana pun awak-awak tu, tapi jangan la mudah mempermainkan hati dan perasaan wanita. Ianya terlalu fragile. Jagalah dan kasihaninya la kerana sesungguhnya wanita itu dilahirkan untuk melengkapi hidup lelaki-lelaki di luar sana..



Note: Salah satu pemilihan novel idaman adalah ketebalan novel tersebut. Makin tebal, makin nak memiliki :)

Friday

NAK JUGA BAGITAHU..

Kalau entry sebelum ni aku cerita pasal lagu kegemaran husband aku yang terkini, sekarang nak bagi tahu pula lagu kegemaran aku. Hehehhe.. biasalah lagu jiwang. Aku pun jiwang-jiwang karat gitu. Tak main la lagu-lagu rock! Jiwa aku mudah sensentap.

Mesti ramai yang suka lagu ni kan? So, layankan aje la eh?





1st time postkan link lagu ni kat fb, aku siap cakap meremang-remang bulu roma bila mendengar dan menontonnya.

Sekarang post kan link yang sama dari Youtube ni, STILL meremang-remang bulu roma. Apsal entah? Mungkin aku rasa, liriknya begitu ikhlas sekali. Kena dengan ekspresi muka kedua-dua penyanyinya. Bersesuaian pula dengan melodinya.. wink!wink!

Tambah lagi kedua-dua penyanyi tu adalah laki bini..

Kalau la aku masih reti lagi nak main piano mahupun keyboard organ, mesti aku dok main je lagu-lagu kegemaran kami kat rumah. Sekarang, jari jemari aku seakan-akan kaku nak menari-nari atas keyboard bagai. Haihh..!


Oh, sebelum aku terlupa nak poskan juga.. Lagi 1 lagu terkini yang menjadi kegemaran aku heheh... Syahdu la liriknye

Thursday

KESUKAAN SI DIA

Selama ni aku tahu suami sendiri tidak terlalu menonjolkan lagu-lagu kesukaannya. Aku kira, dia mungkin hanya suka-suka biasa. Tapi ternyata aku tersilap. 

Saban hari dia mainkan lagu ni kat Youtube. Pasang kuat-kuat dan feeling nyanyi seorang diri. Dia replay lagu ni lagi dan lagi dan lagi sampai dia dah tak larat nak nyanyi. Kelakar la suami aku ni!

Aku: Nape abang suka lagu ni?
Suami: Lirik dia sedap, melodi dia pon sedap.. Sesuai aje
Aku: Ada terkenangkan sesiapa kerw...?
Suami: In pun tahukan, abang takda sesiapa dulu..
Aku: (kih..kih..kih aku ketawakan dia) Feeling nyanyi macam ye ye aje? Sampai Camimi pun tahu lagu ni lagu daddy dia kalau tengah main kat radio
Suami: (dia jeling tajam kat aku) Nak kena ni...! (terus dia tangkap aku.. hahahha)








Now I enjoy this song as well :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...