Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Thursday

BILA CAMIMI DEMAM, ADA JUGA YANG DEMAM

Minggu lepas, Camimi demam dari hari Khamis hingga Ahad. Isnin pergi school dah kebah sikit walaupun tak sepenuhnya. Tapi Camimi demam bukan jenis nak menepek atas katil. Badan je panas, tapi tangan dan kaki mahu bergerak juga. Jadi, mari lihat siapa yang ambil tempat Camimi yang demam...?






Siap towel kat kepala bear, siap selimut kat badan bear, siap ubat (bekas play-doh) kat tangan bear. Siap baring depan tv lagi bear ni. Kata Camimi senang dia boleh buat kerja sambil tengok-tengok bear yang demam. Apa daaaaa...


Padahal kalau Camimi demam, tamau letak towel basah kat dahi. Tamau letak cool fever juga. Tamau selimut, tamau pakai seluar panjang dan lengan panjang bila nak tidur. Tak suka makan ubat bagai. Tapi untuk bear, elok je semua dia reti nak buat. Maknanya, dia tahu benda-benda tu baik cuma dia yang tak suka.

Wednesday

MAKAN JERUK

Korang tengok la gambar-gambar kat bawah ni. Siapa yang suka makan jeruk...?










>>










>>













>>




















>>






















Uwaaaa... laki aku mengidam makan jeruk la...
Tapi aku memang tak sentuh jeruk jeruk ni. Tak sukaaaaa!!!

Note: abang, jangan makan jeruk banyak sangat. Nanti hilang ilmu-ilmu yang tak pernah penuh-penuh tuh.. hik hik hik

Tuesday

NEXT... ADAPTASI DARI NOVEL

Habis dah season Asmara..

Ramai sangat orang sebut tentang Nora Elena. Mother aku pun dok tengok cerita Nora Elena. Kawan-kawan kat fb juga. Sebenarnya salah satu faktor aku nak mengadap drama-drama kat TV3 adalah kerana pengaruh orang-orang yang dari awal dah tengok cerita tu. Bila dah dengar feedback selalunya aku akan try tengok episod pertama dulu. Bila best, baru aku teruskan..


Macam biasa, aku tonton drama kat tonton.com.my


Oleh kerana Jumaat lepas aku cuti dan duduk saja korek hidung kat rumah (Camimi demam daaa), maka aku terasa nak start tengok Nora Elena. Introduction drama ni ada state yang drama ni diadaptasi dari sebuah novel Meen Zulaikha. Bila dah tengok episod pertama, memang sah! Aku pernah baca novel ni rupanya. Masa tu aku borong macam-macam novel sebab nak bawa pergi Germany. So, sah la aku dah baca novel ni masa aku dok kat sana dulu.



Same case dengan satu drama yang keluar kat TV1. Trilogi Cinta karya Sharifah Abu Salem. Ada 3 novel combine dalam 1 drama bersiri tersebut. Memang 3-3 novel tersebut aku baca. Sebelum keluar kat TV pun aku dah khatam 2-3 kali baca. Sebab memang best giler cerita tu. Sekarang memang banyak cerita  dari novel keluar TV. Membuai-buai aje perasaan aku. 


Bagusla.. sebab sekarang aku memang dah tak ada masa langsung nak baca novel. Yelah, dulu tak de blog, takde fb, takde fs, takde ipanel, takde tonton.com.my, takde banyak channel kt astro, takde anak, takde suami. Muahhahahaaaa...


Oh ye, novel Budak Setan yang adik aku kasi pinjam 6 bulan yang lepas pun aku tak sentuh lagi. Tup tup aku dah khatam movienya... Hehehehe..

Monday

GAMBAR PASSPORT AKU YANG BUAT DIA MENANGIS?

Salam uols,

Nak cerita benda ni. Tak tahu nak ketawa atau turut berdukacita. Tapi kasi aku ketawa kejap. Muahahhaha...


Kisahnya aku tunjukkan pada Camimi gambar pasport aku kat wallet daddynya yang masih disimpan elok je bersama-sama kad nikah kami. Aku pun sebenarnya dah lupa suami aku ada simpan gambar aku dalam wallet dia. Pastuh wallet simpan kat poket seluar montot daddy. hahahha..


Saja test Camimi, kenal tak gambar siapa ni? Sambil tunjuk pada gambar pasport aku. Then tunjuk gambar daddy dia yang kurus mulus juga. Pastu, tak pasal-pasal dia menangis.


Ait, apsal menangis pula ni? Tetiba je. Takde siapa marah pun nangis juga? Siap nangis mecebik-cebik dan tersedu-sedan sekali...


Then Camimi kata, "mana gambar Camimi? Kenapa tak put sekali?" sob..sob..sob..


Ayioooo....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...