Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

MINGGU INI

Minggu ni dah start course saya. Hari Rabu hingga Khamis, company hantar saya untuk amibil course kat Singgahsana Hotel. Course start dari kol 9 pagi sampai 5 petang. Sehari suntuk gak la saya kena duduk kat sana. 

Bagusla juga sebab saya diterap untuk belajar benda yang baru. Seperti yang kawan-kawan sedia maklum, 5 tahun saya belajar kat UiTM ambil field lain, tapi bila balik dari Germany saya dapat kerja field lain. Harap jangan la saya mengantuk layan ceramah pagi-pagi buta. Berbaloi jugak la harapnya company bayar mahal-mahal. Dah la makan cukup! Tea breaks, lunch, hi-tea bagai. Kang dah elok turun badan sikit, naik plak beberapa kilo untuk 2 hari ni. ~sigh~

So, nanti decide samada nak minta si suami hantarkan atau drive all alone!

Esok pepagi buta nak hantar kereta buat major service. Kat situ dah kopak dah dekat RM600 lebih. RM600 tu beli baju raya murah dan tudung raya murah boleh rembat sampai 2-3 pasang! Raya sakan aku gitu jadinya. Tapi nak buat macam mana. Adatla kalau dah pakai kereta. Semua cost tu kena bear in mind, kata orang...
Kalau macam tu pepagi buta nak kena hantar Camimi pergi school. Alamat esok saya kenala cari trick nak bagi Camimi bangun tidur cepat. Senang aje! Masa kejutkan Camimi tu, cakap yang hari ni dia nak pakai baju kurung tak? Believe it or not, sepantas kilat mata dia akan celik!

Yup! Camimi suka berbaju kurung. Suka bertudung. Kalau pakai skirt pendek-pendek, dia sure nak pakai seluar tight panjang kat dalamnya. Kadang-kadang gaun dah cukup labuh sampai betis pun mahu pakai seluar lagi. Kadang sampai bergaduh saya tak bagi dia pakai seluar kat bahagian dalam sebab khuatir dia akan kepanasan di school nanti. Tapi dia tetap mahu juga. (mungkin dia dah reti rasa segan dan malu..! ;p)

Jadi, kebiasaannya kalau nak kejutkan Camimi bangun tidur awal, saya akan janjikan dia untuk pakai pakaian yang dia suka, seperti baju kurung, seluar ada flowers, baju ada stars, etc. Kalau awal-awal cakap nak pakaikan dia gaun dan skirt, sumpah! Dia tak suka.. Puas kena pujuk dulu la baru dia nak pakai!

Minggu ni juga si suami dah janji nak carikan durian. Lebih sebulan yang lepas, si suami beli 2 biji durian makan berdua memang puas hati! Duriannya memang mantap! Pastu teringin lagi makan durian. Minggu lepas beli kat Giant Seksyen 18, beli yang dah bukak jual paket-paket tu. Bila dah balik dan nak makan, baru perasan duriannya dah busuk. Bau dah lain. Rasa apatah lagi! Uweekkk! Dukacita dimaklumkan ye kawan-kawan! Durian murah la katakan.. 3 peket RM10.

Semalam masuk kedai Ariani (tapi aku tengok-tengok je, tak beli pon!) ada orang jual durian dekat-dekat situ. Aim nak makan ujung minggu ni. Tunggu dapat gaji la maknanya. Padahal bukan nak beli banyak pon, setakat 2 orang nak makan je. Lagi banyak pilihan kat situ dan murah-murah. Dah tamau beli yang peket-peket. Tak berbaloi!

Semua yang saya cerita kat atas tu plan minggu ni. Hujung minggu pon selalunya ada plan tapi tak boleh nak cerita kat sini lagi. Sebab selalunya plan berubah-ubah. Tapi biasanya sebab dah duduk rumah sendiri, rasa tamau pergi ke mana-mana pun pada hujung minggu. Saya lebih gemar mengemas rumah, menonton tv dan memasak untuk seisi keluarga. :))))

Note: Dah lama gile tak lunch sama-sama dengan suami time weekdays. Sebab lunch hour saya sudah bertukar ke pukul 2pm to 3pm sebab nak nak mengadap tv tengok sinetron Alisa. Jangan mara aaaaa....

Wednesday

ECLIPSE

Filem ketiga dari siri The Twilight Saga, sudah tentu saya takkan terlepas dari menontonnya. Thank you to my hubby coz make my wish comes true. Sebab dah lama tertunggu-tunggu kemunculan siri ke-3 selepas Twilight, New Moon dan sekarang Eclipse. Last episode nanti adalah Breaking Dawn. Oh, bila la agaknya nak keluar ye? Hehhe..


Oh, bagai terbuai-buai saya menontonnya. Memang saya suka lebih Eclipse berbanding 2 siri sebelumnya. Kenapa ye?

gambar dari google

Sebab, Eclipse lebih menonjolkan jalan percintaan yang sangat romantik antara Bella dengan 2 jejaka iaitu Jacob dan Edward. Korang faham-faham la... saya ni kan jiwang karat. :)

gambar dari google

Sebab lain, baru la nampak Bella dan Edward kiss-kiss kat dalam movie nih. Hehehe.. jangan mare. Scene Bella kiss dengan Jacob pon ada. Kata Jacob, dalam Eclipse ni baru dia berpeluang mengucup Bella. 2x tuh u alll!

 gambar dari google

Lain-lain sebab lagi, Edward dan Jacob banyak berlakon dalam scene yang sama compared to previous films. So, mereka compete each others to get Bella and convince Bella's heart and finally to win Bella. Eh, tercakap omputih pula kat sini. Cerita di sebalik pembikinan filem ni, actually Robert Pattinson (Edward) is a funny guy. So, when Taylor Lautner (Jacob) and Robert berlakon bersama dalam sesuatu scene itu, lepas je director cakap 'cut' mereka pasti akan ketawa terbahak-bahak. Padahal mereka sedang melakonkan scene berperang mulut. Kata Taylor, dia tak tahan tengok Robert buat muka series gila untuk melakonkan watak Edward padahal dia seorang yang lucu <---- aku buat homework sebelum tonton movie ni ye kawan-kawan. ;p

 gambar dari google

Sebab lain lagi, orang jahat dah semakin ramai. Means, new born vampires! Dan ketua new born vampire sni sangat la handsome! (aku ni tak habis-habis tengok orang handsome ~ bukan apa, mengkagumi ciptaan tuhan.. ;p)

 gambar dari google

Nih semua gara-gara si vampire Victoria (tengah) yang ingin menubuhkan new born vampires demi membalas dendam ke atas kematian boyfriend vampire dia bernama James (James mati dalam siri Twilight lagi).


 gambar dari google

Ini antara muka-muka baru dalam Eclipse. Riley ni la ketua kepada new born vampires. Handsome kan? Hahha.. Victoria akhirnya mati dibunuh oleh Edward dalam siri kali ini. Royce King adalah boyfriend kepada Rosalie sebelum Rosalie turned to vampire, vampire perempuan yang baik tapi ada rasa sifat iri hati pada Bella. Maria pula seorang vampire dari zaman dulu. Dialah yang menukar Jasper Whitlock (lakonan Jackson Rathbone) kepada vampire dan menggunakan Jasper demi mencapai apa yang diingininya.

Leah Clear Water dan Seth Clear Water adalah adik beradik dan telah menjadi new members of serigala jadian. Leah dalam filem ni nampak sebiji rupa macam Red Indian, tapi bila tengok gambar dia kat atas tu idakla pula.

Wah panjang lebar pula saya bercerita. Kesimpulannya, saya memang terhibur bagai dibuai-buai dan berada diawangan bila menonton Eclipse. Rasanya mahu menonton lagi la... :)

Tapi betul ke kesemua siri The Twilight Saga menjadi kebencian kepada kaum lelaki tetapi menjadi kegilaan kepada kaum perempuan? (seperti yang dihebahkan dalam news)

Yelah kot, mungkin 2-2 heroes dia adalah kacak, tapi heroin nya kempes sangat kot. Macam kurang sikit 'hartanya'. Kaum lelaki mungkin memerlukan seorang heroin yang mantap, mungkin?!

Ntahla, bagi saya semua dah ok! Tak ada masalah. Saya sukeee!!! Wieeeee...

Tuesday

DAH LAMA DAH!

  1. Dah lama aku tak makan Nandos, Kenny Rogers, The Chicken Rice Shop and any other western food restaurants. Susah nak makan benda-benda tu sebab disiplin diri perlu ada. Psstt.. tapi kadang terbabas jugak dengan McD sebab gara-gara si suami sibuk mengumpul glass coca cola world cup tu. Aku pon tumpang makan sekali la ;p
  2. Dah 2 or 3 bulan tak pergi mengadap seafood restaurant malam-malam. Semua gara-gara tamau makan malam. Hai.. Kalau la ada seafood restaurant buka di siang hari. Oh, lagi satu, sebab nak kasi bajet tamau lari la. Dah nak raya weii.. kang kempunan Camimi nak pakai baju baru. (Camimi ke mak bapak Camimi..?)
  3. Dah lama simpan hasrat nak pergi melancong ke serata Malaysia semenjak balik dari Germany. (Malaysia aje, tamau ke luar negara dah!). Pulau ka, gunung ka, tasik ka.. 4 voucher cuti-cuti Malaysia masih belum digunakan. Bila la agaknya? Hujung tahun? Hai.. laki aku ni dah la time ada kuliah tak boleh ambil cuti dah. Kena tunggu cuti sekolah la pulak! :( tapi bila cuti sekolah, hotel syik fully booked! faham-faham ajala. Dah orang bagi percuma voucher, ini tak boleh, itu tak boleh. Kena pergi weekdays la. Kalau weekend terhad la. Macam tak ikhlas je bagi!
  4. Dah lama tak balik kampung belah suami di Perak. Puasa nanti kenala berbuka kat sana dan raya jugak.. eemm... takde komen panjang berkenaan ini.
  5. Memang dah lama simpan hasrat nak melunaskan hasrat si suami nak bawa Camimi pergi Zoo Negara. Hehehe.. nantila ye? takde mood lagi la. ;p
  6. Dah lama aku tak makan tart nanas. Aku memang hantu tart nanas!! Ni dah dekat raya sure ramai yang akan jual nanti. Aku pasti nak beli! Oh, nak kena beli stok kuih raya untuk rumah sendiri. Wah... first time ni! :)
  7. Aku belum tempah baju raya lagi. Dah lama tak tempah baju kurung kat makcik tukang jahit. Harap dia boleh terima lagi la walau sepasang pon kan? Yang lain nanti aku beli dah siap jahit la gamaknya (tengok bajet banyak mana la). Dan yang paling penting badan aku nanti dah kurus sikit. Harap-harap la.. :)
  8. Citer pasal kurus, dah lama aku tak jadi kurus macam masa belajar dulu. Hai.. susahnyeeee!!! Cam mana nak kurus? Nanti ada orang komplen aku takde 'harta'. Apa daaaaa...
  9. Dah lama aku kerja kat company ni (setahun baru.. ;p) tapi bos taknak kasi bonus atau promotion ke? Hehehhe...
  10. Hai dah lama aku 'kosong'. Camimi pon dah tak sabar nampaknya nak dapat adik. Aku tengok, dia asyik main sorang-sorang aja dalam bilik dia. Dodoikan Camomot, tidurkan bear, tukarkan pampers. Dia yang menyediakan diri untuk dapat adik baru. :B
  11. Hai.. dah lama aku taip entry ni. Perut pon dah lapar. Dah la citer pasal makan-makan. Lambat lagi aku nak pergi makan. Nak kena tunggu sampai pukul 2. Hai.. lamanya nak kena tunggu. ~sigh~

Monday

FISH! TORTOISE!

Sabtu dan Ahad memang hari bersenang lenang kami anak beranak. Kalau tak ada apa-apa majlis kenduri kahwin kawan-kawan atau saudara mara, atau apa-apa acara yang memerlukan kami menghadirinya, kami akan buat aktiviti sendiri iaitu 'Feed the Fishes and Tortoises!.' 

Kadang-kadang kami pergi waktu pagi, kadang-kadang waktu petang. So, kiranya kami feed them untuk breakfast atau high tea diorang la! :)

Wah, cakap pasal ni, Camimi memang suka sangat! Excited terlebih sudah.. Si suami sudah tentu akan meluangkan masa untuk berjogging di Tasik Shah Alam, while kami lepak2 bagi ikan dan kura-kura makan roti. (kalau Camimi dah besar and boleh jogging, dah lama dah aku jogging sekali)

Tapi, selalunya hari yang nak pergi bagi ikan makan, tentu stok roti kat rumah dah habis. So, ikan-ikan dan kura-kura kat sana berpeluangla makan roti fresh, yang baru beli punye. Tapi kalau masih ada stok roti kat rumah, dapatla mereka roti yang dah habis tarikh luputnya ye! Kang tak pasal-pasal sakit perut makhluk-makluk dalam air tu. ;p

Ok, jom layan Camimi bagi makan ikan dan kura-kura kat dalam tasik tu..

 Kadang-kadang Camimi lemparkan besar-besar roti kat dalam tasik tu. Jenuh la ikan-ikan dan kura-kura tu nak makan. Mulut masing-masing kan comel aje!

Oh, serius nye bagi ikan makan ye?!

 
Makan rebut-rebut baru la sedap! ;p


 
Biasanya kura-kura la yang akan nampak. Tapi ikan-ikan yang makan hulur muncung je

Semua dah standby tunggu Camimi tak lempar-lempar roti tu lagi. Bila saya tanya napa tak kasi fish makan? Camimi kata, wait la mommy! Tunggu ramai-ramai datang! 
Amboi!!

So ok la.. habis sebuku roti kasi fish adn tortoise makan, daddy dia pon dah 3-4 round, mari lah kita pulang ye?! Masjid dah kumandangkan orang mengaji dah tu! Faham-faham la ye?! :)

Note: Dear my Camimi, kat sinilah titik pertemuan pertama mommy and daddy muda-muda dulu ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...