Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

AMALAN HIDUP SIHAT


Salam, jom kita amalkan pemakanan yang sihat?

Aku tak kata yang aku bagus. Tak jugak aku kata yang aku dh cukup bagus. Tapi, aku belajar untuk menjadi bagus dan sihat dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Jadi aku perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang setiap hari dan pergi ke gyymnasium minimum 2 kali seminggu.

Tapi aku kadang kadang terbabas juga. Sekali sekala memang teringin nak makan makanan kegemaran yang tinggi kalestrol seperti kek, nasi, dan lain-lain. Maklumlah, aku pon manusia biasa yang tak lari daripada nafsu makan yang membuak-buak. Tambah lagi, i am a food lover!

Ok, jom baca kat bawah ni. Aku petik dari keratan akhbar metro.

Panduan penjagaan lemak dan kolesterol mestilah saling berkaitan dengan prinsip pemakanan sihat mengikut piramid makanan Malaysia.

Berikut antara cara yang boleh dilakukan untuk memastikan tahap penjagaan kolesterol dan lemak terkawal.

Elakkan pengambilan lemak trans seperti makanan diproses dan hidrogenasi seperti kek, biskut, snek pastri, sosej, nuget, burger, donut dan makanan lain yang mengandungi kolesterol jahat LDL yang akan merendahkan kolesterol baik HDL. Sebaiknya, pilih makanan komersial terproses berlabel tiada lemak trans setiap kali anda membeli-belah di pasar raya.


Kurangkan kekerapan pengambilan makanan tinggi kolesterol seperti organ dalaman haiwan (hati, limfa, jantung, pedal dan otak), makanan laut (ketam, sotong, udang dan segala jenis kerang) dan jenis daging merah.


Kurangkan pengambilan telur ini kerana sebiji kuning telur ayam mengandungi kira-kira 275 hingga 300 miligram (mg) kolesterol manakala kuning telur itik mengandungi 375 mg kolesterol.

Justeru anda disarankan hanya mengambil dua biji kuning telur saja dalam seminggu. Sebaiknya, pilih telur ayam jenis rendah kolesterol.


Pilih sapuan lemak jenis marjerin lembut yang mempunyai lemak tidak tepu seperti sapuan kanola atau lemak sayuran untuk sapuan pada roti. Sapuan mentega dihasilkan daripada sumber haiwan, maka ini boleh meningkatkan aras lemak dan kolesterol dalam darah.


Tukar pengambilan susu penuh berkrim atau susu segar dengan susu rendah lemak atau susu skim. Gantikan juga santan dalam masakan kepada jenis susu ini. Krimer dan susu pekat manis yang sering digunakan dalam minuman seharian harus dihadkan pengambilannya kerana ia tinggi lemak tepu daripada minyak kelapa sawit yang boleh meningkatkan risiko salur darah tersumbat.


Pilih kepelbagaian dalam makanan harian. Makanan bergoreng, berminyak dan bersantan perlu dihadkan pengambilannya dalam seminggu. Jadikan tabiat membuang lemak dan kulit pada daging ayam sebelum memasak. Seeloknya, gunakan sedikit minyak ketika memasak dan pelbagaikan jenis masakan rebus, panggang, kukus, rebus serta menggunakan ketuhar gelombang mikro selain menggoreng.


Apa yang boleh anda lakukan:

Seharusnya kalori atau �tenaga yang dimakan harus sama dengan tenaga yang
dibakar menerusi aktiviti �harian. Ini bererti sekiranya kita makan 200 kalori makanan bermakna kita harus �berlari sehingga hilang 200 kalori.

Lakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh dan �menggerakkan otot seperti berjoging, berbasikal, berenang atau melakukannya di gimnasium. Senaman juga mampu membuatkan badan berpeluh serta jantung berdegup kencang dan ini sangat baik untuk kesihatan badan.



Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pusrawi, Nurul Farhanah Md Fozi, anda adalah apa yang anda makan dan tiada jalan pintas untuk mendapat kesihatan sempurna melainkan menerusi pemakanan seimbang dan menjalani kehidupan aktif.

Kata-kata ini memang ada benarnya kerana punca utama sesuatu penyakit itu biasanya daripada pemakanan dan masalah pemakanan ini boleh dikawal menerusi pendedahan kesihatan serta disiplin diri yang tinggi. Oleh itu, pengawalan pemakanan individu perlu selari dengan prinsip makanan seimbang dan sihat mengikut piramid makanan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Ini boleh dilakukan dengan pengambilan makanan tinggi antioksidan yang kaya vitamin A, C dan E serta zink, selenium dan beta karotina. Jumlah pengambilan makanan berserat secukupnya juga mampu menghalang pelekatan kolesterol pada salur darah manakala makanan tinggi antioksidan mampu meneutralkan kandungan darah dalam badan,” katanya.

Ramai sering beranggapan kolesterol hanya bersifat ‘jahat’ kerana membawa kemusnahan pada tubuh walhal pada dasarnya, kolesterol adalah sejenis bahan molekul lekit, seakan-akan lemak yang terdapat secara semula jadi dalam aliran darah serta sel tubuh badan. Kolesterol ini juga penting kerana menjadi sumber penghasilan sel tisu membran, hempedu, sesetengah hormon dan vitamin D dalam tubuh badan.

“Namun awas, aras kolesterol berlebihan juga boleh mendatangkan mudarat kerana berkemungkinan besar akan menyumbatkan dinding salur darah arteri lalu menyebabkan pengaliran darah menjadi perlahan dan terganggu. Keadaan sebegini amat merbahaya kerana boleh mengakibatkan berlakunya serangan jantung koronari,” katanya.

Menurutnya, molekul kolesterol darah ini berasal daripada dua sumber iaitu sintesis tubuh badan (melalui hati dan usus) dan juga diet harian seseorang. Kolesterol terbahagi kepada dua jenis iaitu kolesterol ‘baik’ dan ‘jahat’. Kolesterol jenis lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) adalah sejenis ‘kolesterol baik’ yang akan membawa kolesterol dari seluruh saluran darah ke organ hati kemudian hati akan memproses kolesterol untuk dikeluarkan dari tubuh.

“Lebih tinggi paras HDL, kolesterol yang tersimpan di dalam salur darah arteri akan berkurang dan ini akan melindungi fungsi dan tahap kesihatan jantung. Sebalik�nya, ‘kolesterol jahat’ atau liporotein berketumpatan rendah (LDL) pula akan membawa kolesterol dari hati ke saluran darah di seluruh tubuh. Jadi, apabila semakin tinggi paras LDL di dalam badan, ini akan menyebabkan banyak kolesterol tersimpan di dalam salur darah.

“Ini memungkinkan pengumpulan dan penyumbatan kelompok kolesterol di dalam salur arteri seterusnya menghalang darah daripada mengalir lancar ke jantung. Hal ini meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan kematian mengejut,” katanya.

Bacaan paras kolesterol boleh diperoleh melalui hasil profil lipid daripada ujian darah. Seseorang itu dikatakan mempunyai masalah kolesterol tinggi (hypercholesterolemia) apabila mempunyai bacaan jumlah kolesterol melebihi paras normal iaitu 5.2 mmol/L dan jumlah aras kolesterol LDL darah melebihi 2.6 mmol/L.

Terdapat beberapa golongan berisiko yang boleh mendapat paras kolesterol tinggi seperti individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, mempunyai sejarah penyakit metabolik (diabetes, penyakit tekanan darah tinggi dan serangan jantung), mempunyai sejarah keluarga yang turut mempunyai masalah kolesterol dan penyakit jantung, individu yang kurang aktif serta perokok tegar.

Menurut Nurul Farhanah, amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan lengkap bercirikan bijirin penuh berserat, jenis protein yang betul, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi serta lemak yang sihat mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Antara saranannya adalah:


1. Makanan bijirin penuh dan tinggi serat

Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.

Oat mengandung beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol.


2. Ikan dan asid lemak poli-tidak tepu omega-3

Kita disarankan memakan hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.

Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.


3. Kekacang badam, walnut, pistachio dan soya

Kajian menunjukkan sesetengah protein jenis kekacang mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak ini membantu menjadikan dinding pembuluh darah yang sihat dan bebas daripada pelekatan kolesterol.

Namun begitu, umumnya kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada jantung.

Tetapi awas kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung. Sebaiknya, bersederhana dalam pengambilan jenis kekacang ini.

Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari mampu mengurangi paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu dan tempe.


4. Buah-buahan kaya antioksidan mengandungi vitamin A, C dan E

Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi serta berupaya mencegah pelekatan kolesterol dalam salur darah. Sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaitun, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antioksidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.


DRAMA ADAM DAN HAWA




Yeayyy.. best sangat terasa sekarang. Takda sebab istimewa pun. Cuma dapat update blog lebih dari sekali dalam bulan ni. Hehehhe.. 

Ok, hari ni nak dijadikan cerita aku nak tulis tentang tajuk kat atas tu.

Tak tahu macam mana boleh terbaca yang novel terbitan Alaf 21 - Adam & Hawa akan didramakan. Cari punya cari kot ada blog hiburan yang dah ada info tentang perkara ini. Akhirnya, aku ketemu dengan blog ini.







So, before bertolak untuk bercuti di Port Dickson akhir bulan Februari lalu, aku singgah kat rumah parents demi sebuah novel ini. Aku selongkar almari buku dalam store dan akhirnya berjaya berjumpa dengan novel lama tahun 2006. Legaaaaa... tak perlu beli baru. Heheheh.. Memang buku aku, pernah baca. Tapi totally dah lupa. So, best la dapat baca buku lama ni sekali lagi tanpa mengingati babak-babak yang ada di dalamnya. Kiranya suspen la!

Tapi kesian kat suami. Dia seronok-seronok nak bawa anak bini dia pergi bercuti, tapi aku seronok dan selamba saja bawa novel cinta ni pergi sekali. Malang sekali tak done nak baca kat sana. Sekali baca boleh jalan 1-2 pages je. Pastu berhenti. Then sambung baca lagi kemudiannya, boleh menjangkau 1-2 pages je. Progress sangat slow walhal cerita menarik. Biasalah, dah nama pun bercuti. Memang tak done nak pegang buku lama-lama daaa...

Ok, yang bestnya Aaron Aziz belakon lagi sebagai hero. Memegang watak sebagai Adam Mukhriz yang kerja sebagai pilot. Heroin nya yang pernah berlakon dalam filem Cun. Eh, ramai orang bantah tau. Tapi aku suka jer. Sebab dia pon pandai berlakon dan yang pasti CANTIK! Nama pelakon tu adalah Nadiyya Nissa. Namanya dalam drama adalah Ain Hawani. Kalau tak pandai berlakon, idaklah dia menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem 2011 okehhh..!

Eh, ada Norman Hakim ke? Aku tatau peranan dia sebagai apa. Tak kesah pon. Tak minat! Perempuan jahat dalam drama ni akan dilakonkan oleh Anzalna Nasir yang memegang watak sebagai Dee. Perempuan gedik yang dok miau-miau pada Aaron Aziz je manjang! Kesian Anzalna. Asyik dapat watak jahat yang mana jadi teman wanita stok geli-geli. Hhehehe...

Yang pasti, aku tak sabar. Katanya nak ditayangkan dalam Astro tapi tatau slot mana, hari apa dan kol berapa. Nanti dah tahu, aku update.

Watak Ain ni aku perasan satu benda. Dalam kebanyakan novel karya penulis Aisya Sofea, watak wanita yang diciptanya selalu bersikap keras kepala, ikutkan hati dan perasaan, tidak suka bertolak ansur, fikirkan diri sendiri, tidak berfikiran terbuka, dan banyak lagi la! Semua sikapnya apply to lelaki yang ingin mendekatinya. Memang la perempuan tu elok kalau menjual mahal, maknanya tidak la selalu mengikut kemahuan lelaki. Tapi, perlu ubah sikap itu jika lelaki itu sudah menukar status kepada suaminya.

Em, okla. Uols tengok la sendiri drama ni nanti. Hopefully, drama akan sama best macam novelnya. Nak beat novel pon tak apa. Aku suka je.. Hehehe..

Tuesday

HYSTEROSALPINGOGRAPHY = HSG

Salam kawan-kawan,

Tahniah kat atas diri sendiri dulu sebab berjaya buat entry sebulan sekali saja. Kih kih kih. Sekarang memang matlamat blogging untuk mencapai satu entry satu bulan. Kalau lebih daripada satu entry dah kira excellent. Hahha.. Nasib la wahai blog. Makin banyak benda kena buat, makin terbatas untuk berblog. Baru sekarang aku tahu kenapa orang yang sibuk 24/7 memang tak ada blog. Sekarang aku dapat rasakan... Hehehe...

Ok, tajuk kat atas tu mesti ramai yang dah tahu apa kebendanye. Ada yang tak tahu. Ok, lah meh sini aku nak cerita. Kalau malas nak baca apa yang aku tulis, boleh zasss ke sini.

Nak dijadikan cerita, aku pernah mendapat khidmat nasihat doktor untuk kehamilan seterusnya. Yelah, Camimi dah dekat 5 tahun. Namun baru 2 tahun yang lepas kami merancang untuk anak yang seterusnya. Malang sekali masih belum berjaya.

Tahun lepas sebelum puasa aku ada berjumpa dengan pakar di Shah Alam. Macam biasa, dia akan periksa sejarah kehamilan lepas dan kesihatan aku. Solusi pertama dia bagi cumalah pil subur. Apa namanya eh? Aku pon dah lupa. Tapi dia bagi sepapan ada 10 biji. Just makan 2 biji sekali sebelum tidur pada waktu kedua haid. By the 6th day of period, sepapan tu dah habis. So, nak tahu 'keajaiban' pil tersebut (dengan izin Allah), tunggu la hari subur selepas haid iaitu hari ke-12 hingga 14.

Memang Allah masih belum izinkan untuk hamil lagi, bulan berikutnya aku masih datang haid. Maka berjumpa la lagi dengan si pakar.

Si pakar cek telur aku (ovum) melalui scan 3D dan dapati saiz dan kedudukannya normal. Tiada apa pun masalah. Bila buat ujian darah sebelum tu pun normal. Hormon dalam keadaan stabil. Juga tiada masalah. Solusi berikutnya, aku kena buat HSG.

Jadi aku memilih untuk melakukan HSG di Hospital KPJ Tawakkal. KPJ Selangor tak ada prosedur tu. Jadi, sebelum ke Tawakkal, kena buat appointment dulu. Kenapa kena fix appointment? Reason yang utama sebab ianya adalah specialist. Nak kena fix dengan schedule doktor pakar. Tak boleh suka-suki datang. Reason yang paling kuat sebab mereka akan advise kita untuk tidak ber-intercourse dengan pasangan bila habis period nanti. Sebab HSG perlu dilakukan pada hari ke-9 hingga hari ke-10 lepas period. Oleh itu, time-time tengah period tu la kena call buat appointment untuk HSG. 

Aku selalu terbabas lepas period. Dah fix appointment terpaksa cancel. And then fix for another time. Jangan tanya aku kenapa. Tanya kepada lelaki kenapa dia kurang sabar sikit? Hahahha...

Nak bercerita pasal prosedur HSG agak 18sx sikit. So, sesiapa nak tahu boleh PM aku kat FB. Aku tak boleh la nak cerita kat sini. Takpun, boleh baca terus pada link yang aku bagi kat atas.

Di sebalik prosedur tersebut, keputusan yang diperolehi adalah berita yang baik. Aku tiada masalah dengan rahim. Tiada yang abnormal, dan tiada yang asing. Saiz dan kedudukan semuanya bagus. Sujud syukurlah jawabnya bak kawan baik aku. Lepas keluar dari bilik doktor, husband aku macam nak terus kiss aku sebab dia happy sangat tengok keadaan dalaman aku yang tiada apa-apa yang pelik. Tapi sebab sedar berada di khalayak ramai, terbantut la perbuatannya. Bagi aku, apa salahnya. Heheh yeker?

Maka untuk solusi yang berikutnya, aku masih belum lakukan. Aku masih belum follow-up dengan pakar di Shah Alam semula. Tunggu la reda dulu. Sengal di rahim akibat prosedur HSG masih terasa. Lagipun, apabila mendengar keputusan tentang HSG tu memang sangat melegakan kami laki bini.

Tahu erti syukur. Ada kaum wanita lain kurang bernasib baik. Aku turut bersimpati pada kawan baik aku yang nasibnya tidak menyebelahi dirinya. Allah itu Maha Menyayangi. Sekurang-kurangnya dia punya seorang waris untuk memanjangkan generasinya.

Bila difikir-fikirkan, aku rasa aku tahu kenapa masih sampai sekarang aku tidak mampu untuk hamil. Selain daripada tiada keizinan Allah, ada sebab lain kenapa jadi begini. Aku tahu pun sebab pernah buat eksperimen kat tempat lain dan memang ternyata, kerana material tersebut aku gagal hamil. Kalau korang nak tahu apa kebendanya, boleh la PM aku. Aku tak mahu nyatakan di sini. Takut timbul spekulasi lain pula. Hehehe..


Pengajaran yang aku perolehi daripadanya adalah, jangan beli sebarang material. Walaupun ianya mahal, tapi tak semestinya memberi pulangan yang 'lumayan' pada penggunanya.


Sekian, terima kasih 
:ppp

TERASA NAK MENCORET

Salam,

Hari ni betul-betul terasa nak coret sesuatu kat dalam blog sendiri memandangkan agak lama blog ni tidak disapa oleh tuannya sendiri.

Memang sibuk. Masa terbatas. Itulah ayat yang paling sesuai untuk diberikan sebagai sebab musabab kenapa blog ni terus menyepi. Namun terima kasih ingin diucapkan kepada pelawat-pelawat yang sudi menyinggah untuk menyingkap cerita di sebalik empunya diri yang dah lama berdiam diri.

Tambahan pula, awal bulan ni aku dah start mendaftarkan diri ke gym Fitness First Platinum Empire Gallery. Azam di hati harus diteruskan. Silala berikan aku sokongan agar kesihatan dan kecantikan diri sentiasa dipelihara.

Sebagai permulaan sokongan dan motivasi diri, aku gantung gambar kurus dan cantik (perasan sendiri) kat dalam bilik tidur kami suami isteri. Setiap hari aku tatap gambar itu supaya bersemangat untuk mendapatkan potongan badan seperti dulu. Macam kelakar kan? Kenapa tak gantung gambar seorang model yang cantik jelita saja kan? Mestilah ada sebabnya. Takut si suami memuji lebih model-model jelita itu berbanding memuji si isterinya sendiri. Ha, kan dah dapat dosa kering!

Target mahu turun 15kg untuk mendapatkan berat yang ideal! Wahai suamiku, keredhaanmu penting dalam mencapai hala tuju dan matlamat azam baru tahun ini. Wink!!

Ok, nak bercerita tentang hobi membaca aku pula..

Selalunya lepas habis baca sesuatu novel tu, paling lama seminggu aku akan rest daripada membaca buku yang seterusnya. Kenapa?

Bukan sebab letih. Bukan sebab nak luangkan masa bersama suami dan anak. Aku membaca novel bukan sampai tak keluar-keluar bilik, lupa nak masak, lupa nak kemas rumah dan lupa tanggungjawab yang lain.

Namun, dek penangan jalan cerita novel tu yang membuatkan aku akan mengelamun lama. Kalau novel air mata lagi la aku akan termenung dan terbayang-bayang jalan cerita dan watak-watak di dalamnya sebaik tamat pembacaan. Biasanya otak aku akan flash back dengan sendiri scene-scene dalam novel tersebut. Maka terbayangla gambaran watak-watak yang memang tak lari dari konsep penulisan biasa yang mana si lelaki mesti kacak bergaya manakala si perempuan cantik menggoda.

Novel yang macam mana boleh membuatkan air mata aku deras mengalir? Siap tersedu-sedan? Sudah tentu kalau melibatkan kematian samada heronya mati mahupun heroinnya.

Contohnya novel 'Seandainya.' Bila part si hero tu mati sebab kemalangan jalan raya, aku masih belum lagi boleh mengalirkan air mata. Namun bila part penerimaan si gadis yand dicintainya itu mendapat khabar berita  tersebut dan bagaimana caranya lagi dia ingin meneruskan hidup tanpa insan yang dikasihi itu yang meruntun jiwa aku.

Boleh siap teresak-esak aku nangis di dada si suami. Nasib baik suami sporting. Tak diperlinya mahupun tidak diejek-ejeknya. Kalau tidak, lagi malu beb!

Contoh novel terbaru yang baru habis dibaca ialah Semerah Inai Di Jari. Turut melibatkan kematian iaitu heroin novel tersebut mati dilanggar oleh bekas suaminya. Zati dilanggar oleh bekas suaminya disaat-saat dia ingin bernikah dengan jejaka lain.

Paling menyentuh perasaan apabila bagaimana penerimaan anak-anak Zati (dengan bekas suaminya) dan  suami barunya yang sempat dinikahi disaat-saat nyawa di hujung tanduk, terhadap peristiwa tersebut memandangkan kemalangan itu berlaku betul-betul di depan mata mereka.

Benarlah, sehebat-hebat lelaki apabila dia dapat menahan nafsu amarahnya dan di jiwanya dipenuhi rasa kesabaran yang sangat menebal. Hanya ayat-ayat suci al-Quran yang mampu menenteramkan jiwa dan perasaan yang berkecamuk dek tidak sempat melayari bahtera bersama si isteri yang sungguh dikasihi itu.

Kekadang terasa air mata aku ni terlalu murah atau aku terlalu menghayati cerita-cerita yang sengaja direka oleh penulisnya. Serasakan cerita itu betul-betul pernah berlaku mungkin pada penulis tersebut mahupun kawan kenalannya.

Namun, aku tertanya-tanya.

Adakah dengan memaafkan seseorang itu boleh membuatkan kita lupa tentang segala yang pernah berlaku suatu masa dahulu antara dia dan diri kita sendiri?

Aku tidak pernah memaafkan seseorang, namun bernasib baik aku tidak pernah ingin mengingati apa-apa yang pernah berlaku antara aku dan dia.

Dan dalam situasi yang lain, aku juga tidak pernah memaafkan seseorang. Mungkin atas sebab itu aku asyik dibayangi dirinya dan segala perbuatannya samada yang baik mahupun yang buruk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...