Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

BILA DAH KEPINGIN...

Ini cerita masa bulan puasa hari tu...

Biasalah, bila di siang hari berpuasa, mula la mengidam nak makan itu dan ini waktu berbuka nanti. Tapi, masa bulan puasa hari tu, si suami asyik mengidam nak makan karipap Ikea aje.


Banyak kali plan sebenarnya, tapi asyik tertangguh saja. Sebab bila dah berbuka, perut jadi kenyang. Plan kepingin nak makan karipap tu selalu terbang begitu saja. Kadang-kadang dah plan buka kat luar, then nak zaassss terus ke Ikea beli karipap semata-mata, tapi keadaan terlalu lewat sangat pula. Tangguh pula keesokkan harinya. Kadang-kadang sampai tertangguh 4-5 hari semata-mata nak makan karipap Ikea saja!

Sudahnya, adalah dalam sebulan tu 2-3 kali jengah juga ke Ikea malam-malam nak pergi beli karipapnya. Si suami suka betul! Sekali beli, sedozen. Makan sikit (sebab masih kenyang selepas berbuka) then tapau bawa balik untuk ke sahur keesokannya. Begitula...


Aku, ikutkan aje. Dah dia yang mahu drive kan...?

Tapi, si budak kecil ni sensitif sikit sebut perkataan Ikea. Yang dia tahu, aiskrim saja! Kalau masuk dalam Ikea, dia mesti nak suruh aku bawa naik trolley kecil untuk bebudak tu. Cuma, aku kena selalu ingatkan dia. Kalau trolley kecil tu takda nanti jangan nak meraung tak dapat! Memang kena tinggal tepi hutan nanti...!


 
Actually, Camimi pon suka karipapnya. Tapi bila dah dapat aiskrim ni, dia dah tak mahu karipap tu lagi. Jadi, selalu kena bagi dia makan karipap dulu, baru boleh beli aiskrim...




Suami kata, oh heaven nya dapat makan karipap Ikea sambil pekena teh o atau kopi o panasnya...




Tapi, bagi aku.. dapat ambil magazine ni dan menatapnya lagi heaven! ;p

Friday

PERMINTAAN CAMIMI...

Banyak kali aku tengok Camimi melayan perasaan main sorang-sorang kat dalam bilik dia. Kadang-kadang habis berbondong-bondong dia bawa toys dari bilik dia ke hall depan. Habis bersepah, kena marah dengan daddy dia pandai pula pergi kemas balik masuk dalam bilik.

Kadang-kadang lepas mandi, dia pakai baju sendiri dan terus layan perasaan main dengan teddy bear, dan segala anak patung dia dalam bilik. Cari-cari kat hall depan takde rupa-rupanya dari tadi tak keluar-keluar bilik sebab main dengan toys yang ada dalam biliknya.

Kadang-kadang riuh mulut pok pek pok pek cakap sorang-sorang. Kadang-kadang dia berinteraksi dengan teddy bears dia. Kadang-kadang diam sunyi sepi. Time sunyi sepi tu selalu aku rasa pelik, kena segera intai dan cari dia kat mana. Rumah bukan besar pon kadang-kadang tak leh detect dia kat mana. Sebab rupa-rupanya dia main kat celah katil la, belakang pintu la.. Camimi.. oh Camimi.

Ada satu hari dia pernah cakap dengan aku begini:

Camimi: Mommy, pergila beli baby boy kat kedai baby. Macam mommy beli Camimi dulu..
!terkejut aku!
Mommy: Bila masa pula mommy beli Camimi kat kedai baby?
Camimi: Ada, dulu kat German. Camimi ingat lagi..

Hai, dia ingat nak dapat baby ni senang macam beli ikan kat pasar gitu...? Uwaaaaa~~

Sabaar ye Camimi.. Sikit je masa lagi. Bagi mommy masa sikit lagi ye..? :)

Camimi masa umur 10-12 bulan

Camimi masa umur 2 tahun ++
 Muka kena marah sebab tak reti dok diam. Orang susah-susah nak ambil gambar passport dia!


Aku ambil gambar dia sendiri, edit sendiri dan print sendiri.. Jimat kan?!


Gambar terkini masa bulan puasa baru-baru ni. Ikut aku pergi ofis kejap. Orang lain dah start cuti raya, mommy dia ada kerja sikit nak buat :)

Wednesday

CAMIMI WILL BE AT NASI LEMAK KOPI O












Tak tahu la apa hasilnya nanti..
jadi kita tunggu je la kemunculan Camimi hari Sabtu ini, 10 September di TV9
Nasi Lemak Kopi O...

Tuesday

KECOH SEKEJAP

Ye kecoh sekejap sebab blog kena hacked! Macam-macam la.. blog tak famous mana pon ada orang suka suki nak hacked.

Ok, dear to hackers,

Tak payah la hack blog saya. Blog saya takde benda apa pun. Takde cerita pasal gosip yang panas. Blog ni pon bukan sumber pendapatan saya. Blog ni kalau jual kat pasaran luar pon belom tentu boleh beli handbag LV kesukaan saya.

Jadi, kalau nk guna sangat kepakaran awak-awak semua sebagai hackers, sila la guna secara bijaksana. Hack la website lain yang lebih menguntungkan awak-awak semua sebagai hackers. Abaikan la blog saya yang tak seberapa ini. Kutipan nuffnang pon baru berapa je sangat. Jauh sangat nak dikumpul beli handbag yang direka oleh Marc Jacobs. 

Jadi, jangan tukar background or pasword blog saya okeh.. sekian terima kasih.

Note: Saya sayang awak sebenarnya wahai hackers sebab awak tak 'hijacked' blog saya teruk-teruk. Masih boleh diselamatkan lagi rupanya. hehehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...