Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Monday

ADA JUGA YANG TERLUPA

Hari Jumaat lepas keberangkatan suami aku ke outstation. Tapi pagi Jumaat tu still ada kelas intersesi. Memang kesian sangat kat dia sebab terkocoh-kocoh nak setel marking test paper bebudak intersesi sebelum dia pergi outsation. Cuma bernasib baik sebab silibus sempat habis sebelum hari Jumaat. Maknanya, hari Jumaat tu just buat summary tentang keseluruhan subjek yang diajar.


Jadi, aku sebagai isteri nak pastikan segala pakaian dan kelengkapan untuk dia pergi outstation tersedia. Selama 10 hari dia takda nanti, aku kena pastikan suami aku cukup 10 pasang baju kemeja lengan pendek dan lengan panjang, 10 helai seluar slack, 10 helai pakaian dalam, beberapa pasang stoking, beberapa t-shirt sukan, beberapa pasang seluar sukan, 2 helai kain pelikat, sejadah, sepasang kasut sukan, sepasang kasut kerja, sepasang selipar, peralatan mandian, peralatan wangian dan bersiap yang mana temasuklah sikat bolatnya serta lain-lain perkakas yang berkaitan. Ni suami aku bajet dia tak perlu hantar laundry atau cuci pakaian sendiri kat sana which is memang tak menyampat pon nak buat benda tu semua.


Nasib baik kesemua pakaian kerjanya aku dah siap hantar laundry untuk digosok. Cuma baju kerja semalamnya tu aku kena cepat-cepat basuh dan iron di rumah saja.


Beg yang besar pon terasa macam sendat dan padat. Mana taknya, semua pakaian nak dibawa untuk tempoh 10 hari yang tak perlu basuh atau hantar ke laundry tu. Untuk pengetahuan kawan-kawan, husband aku sangat cerewet tentang pemakaian dan pakaian. Sebab tu dia memang suka hantar baju-baju tersebut ke laundry. Dia tak nak aku habis banyak masa nak iron baju dia supaya betul-betul tak berkedut. Side seluar dan baju pun dia teliti betul-betul. So far, dia sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang berkualiti orang laundry bawah ofis aku ni.


So, hari Jumaat yang dia nak berangkat tu, aku dah siap-siap ketepikan segala pakaian dan perkakas yang nak dimasukkan ke dalam beg. Pakaian-pakaian kerja yang ada pada hanger dikekalkan begitu supaya mudah dia nak hang dalam kereta nanti. Tamau komot-komot katanya. Jadi, terpaksalah aku ambil one whole day off sebab nak uruskan tentang keperluannya. Bila suami aku dah habis mengajar pagi tu, dia terus balik rumah dan masukkan ke dalam beg segala benda yang aku dah ketepikan. Memang dia dah siap-siap bagi tahu aku yang dia sendiri akan masukkan benda-benda tu semua ke dalam beg. Jadi aku dah tak perlu buat apa-apa lagi. Sebab dia nak pastikan yang dia tak tertinggal apa-apa barang pun nanti. 


Jadi bolehla aku prepare lunch awal memandangkan sarapan pagi pun husband aku tak sempat ambil. Kesian sangat, nampak betul dia kelam kabut urus itu dan ini. Baru habis kelas pagi, lepas solat Jumaat nak kena bertolak pula. Pihak penganjur pun macam tak nyempat-nyempat nak suruh orang pergi. ~sigh.


Esoknya, husband aku text:

Syg, abg lupa bwk sluar yg dh gosok kt dlm wardrobe tu.. 
nasib ada lg sluar 3 helai yg abg ltk dlm beg. Lupe jgak!

What?? 3 helai seluar je untuk 10 hari? Habis la... Memang tak senang duduk pula aku yang masa tu tengah ada kat saloon, buat rambut.


Series, aku tak perasan pon husband aku tak bawa another 7 helai seluar yang tergantuk elok je kat dalam wardrobe tu. Kalau dia tak text aku mungkin lambat nanti baru aku perasan kot. Walhal, aku dah siap ketepikan pakaian yang berhanger nak dibawa. Aku separate kan pakaian-pakaian tersebut dengan lain-lain pakaian kerja yang tak perlu dibawa. Masih boleh tercicir lagi?



Tapi husband aku kata takpela. Nak buat camner kan? Shopping complex bukannya ada yang berdekatan. Kalau ada pun kat depan mata, macam ada masa je nak pergi pilih seluar baru dak? Mustahil!



Memang ada banyak perkara husband aku tak sempat dan terlupa nak buat sebelum dia pergi outstation. Contohnya, ada barang dapur yang dah habis. Aku kena pergi beli sendiri la. Takpe, ada duit yang ditinggalkan, semuanya bisa diatur. Sekarang baru pertengahan bulan, barang dapur masih banyak cuma yang major je dah habis seperi basmathi, makanan mentah seperti ayam, ikan, sotong dan udang serta susu Camimi. Makanan-makanan beku yang lain seperti ayamas masih banyak. Jadi, kalau orang datang, itulah yang aku hidangkan sebagai makanan tambahan. Basmathi 5kg tu 6 bulan kemudian baru habis tau. Tak tahula kenapa. Mungkin sebab jarang makan nasi? atau jarang masak? atau kalau masak pun, jarang nak masak nasi? Tak tahu yang mana 1..


Bahan mentah seperti ayam dan lain-lain dan juga sayur-sayuran biasanya nak masak baru aku pergi beli. Kalau beli banyak siap-siap aku takut 3 bulan kemudian baru habis. Sekali beli, aku beli lebih sikit. Bajet nak masak 1-2 kali seminggu. So, next week nak masak, baru aku beli lagi. So, aku boleh dapatkan yang fresh! Tak susah la, sebab kedai dekat je. Nak jalan kaki pon boleh cuma malas tak malas je. Oh ye, Carefour pun depan rumah je. Memang tak susah langsung. Kat Shah Alam semua depan mata je kan.. So, aku tak ralat la kalau husband aku tak sempat nak beli itu semua semasa peninggalannya.


Tapi, husband aku takde ni aku malas nak makan kat luar. Balik rumah aku masak simple-simple je untuk Camimi. Samada masak roti nan segera atau roti canai segera yang dibeli di kedai halal Seksyen 15. Takpun, order makanan kat gerai bawah. Memang sedap dia masak, tambahan pula murah.


Selama peninggalan husband aku ni, Niza, kawan adik aku teman aku tidur kat rumah. At least ada orang lain kat rumah tu selain daripada aku dengan Camimi je. Kalau takde orang sudi teman kat rumah pun takpe. Sebab kawasan rumah aku dekat dengan jalan besar, dekat dengan highway LKSA, dekat dengan uptown Shah Alam, dekat dengan Carefour, dekat dengan rumah-rumah orang lain. Pendek kata, InsyaAllah memang tak sunyi. Tak rasa takut atau seram. Mudah-mudahan semua urusan husband dan aku anak beranak dipermudahkan olehNya. Itu je doakan aku sepanjang ketiadaannya...

Note: Just rasa sunyi takde kawan nak gaduh, takde kawan nak merajuk, takde kawan nak manja. 10 hari terasa lamanya... Macam mana aku nak biarkan husband aku pergi sambung PhD seorang diri di sana sedangkan aku kat sini?


Wednesday

CAMIMI MENGAJI

Dekat sebulan dah aku hantar Camimi mengaji dekat-dekat dengan rumah aku. Memang aku nak cari guru mengajar mengaji dekat dengan rumah. Senang hantar, senang ambil bila balik kerja. Nak datang malam pun senang. 


Awal-awal kau.. sopan je duduk


Dekat school Camimi sekarang just ajar kenal alif ba ta, baca doa dalam pelbagai perkara, belajar berzikir, belajar nyanyi nasyid dan beberapa perkara lain yang basic-basic saja. Aku nak dia pandai mengaji pula, kenal huruf secara rambang, kenal baris atas, bawah dan depan serta kenal huruf bukan mengikut turutan abjad semata-mata.


Effort aku lepas balik dari Germany dulu, aku just beli satu set bacaan Iqra'. Step 1 to 6. Ada 2 CD. Satu VCD boleh main kat player di rumah. Lagi satu CD main kat dalam kereta. Masa tu memang setiap hari dia suruh aku play CD tu. Tak kira, samada kat rumah mahupun dalam kereta. Memula aku layan je la, dah lama-lama aku buat syarat pada dia. Kalau nak pasang Iqra' kat rumah, kat dalam kereta tak payah. Begitu pula sebaliknya. Bukan apa, kalau jalan jauh-jauh asyik pasang Iqra' aje boleh nak termuntah gamaknya.





Ok, dah start panas montot da..



So, sebab Iqra' tuh la dia start pandai baca alif ba ta..


Aku sematkan dalam hati. Kalau nak suruh anak pandai mengaji, kena upah orang yang ajar. Kalau aku atau daddy dia yang ajar takut dia jadi kurang berdisiplin. Manja je lebih. 


Syukur Camimi takde masalah ke arah itu. Seperti anak-anak orang lain, Camimi cenderung nak mengenal tulisan jawi. Kalau dengar orang mengaji kat dalam tv, jangan la pergi tukar channel. Maunye dia marah kita balik. Kalau dengar komputer mengaji kat Tesco or Giant tu, kena la tunggu sekejap. Dia nak tengok komputer tu mengalunkan bacaan al-Quran.




Lihat la.. kaki dah ke mana, badan ke mana, tangan sebelah je kat muqaddam..



Bukan nak puji anak melambung sampai tercampak. Dari start aku pregnant kan Camimi lagi aku mengaji dan mengamalkan Surah Mariam, Yusuf dan Lukman. Walaupun tak setiap hari aku dapat mengaji, at least aku akan pasangkan bacaan tu kat komputer dan perdengarkan. Senang je, download dari internet pon boleh. Kadang-kadang si bapaknya pasang juga lagu rock sambil menelaah buku. Boong bang booong bang kau.. macam ada amplifier.  Sebab tu Camimi suka cakap kuat-kuat, suka dengar radio, dengar lagu juga. Semua gara-gara amalan semasa mengandung.




Yelah, aku pun ikut nasihat orang lain juga. Benda yang baik harusla diteladani.




Time dia mengaji ni page pertama dan kedua je dia boleh focus dan duduk elok-elok. Masuk page ke-3 dia dah toleh ke kanan, toleh ke kiri. Tengok orang sana, tengok orang sini. Pastu toleh ke belakang tanya aku, "mommy ni huruf apa ni.." boleh?!




Selalunya satu hari mengaji dia boleh baca sampai 3 pages baru. Esoknya ulang pages hari sebelum tu, then kalau baca lancar terus masuk page baru. Syukur, Camimi terang hati, terang fikiran untuk mengingati huruf dan bunyi huruf tersebut walaupun selang Jumaat, Sabtu dan Ahad tak mengaji.


See.. ada ke orang mengaji kaki macam tu? Esok-esoknya ustazah Camimi ajak mengaji atas meja, dok atas kerusi..

Maka bolehla aku tanamkan azam untuk diri Camimi supaya dia boleh khatam al-Quran sebelum darjah 4 (macam mommy dia <---- aku angkat bakul sendiri okeh). Eh, tapi sekarang ramai je budak darjah 1 dah khatam al-Quran ye. Tapi idaklah aku nak meletakkan harapan yang tinggi menggunung pada Camimi. Nanti Tuhan marah kalau aku terlebih sudah.. 

Monday

LONELY

Jumaat minggu ni suami aku takde selama 2 minggu. Outsation katanya. So, maybe balik Shah Alam semula 30hb. Then 30hb tu parents aku pula takde. Pergi umrah. Aku la yang nak kena menghantarnya nanti. Adik aku si Shahriman Hafiz, make sure kau free. Kita pergi hantar sama-sama okeh! Parents aku kasi homeworks banyak. Tengokkan kucing, tengokkan kolam ikan, kasi makan kucing, kasi makan ikan. Seb baik tak suruh cuci baju, angkat kain bagai. Baik suruh dok rumah diorang je kan..?!

Then suami aku balik 30hb tu selang 1-2 hari pergi kursus lagi. Memang aku boleh ikut tapi bos aku pula takde. Dia pergi holiday dengan family dia. So, aku kena stay kat ofis buat supervision dan manage apa yang patut.

Semua pergi tinggalkan aku... Time orang cuti sekolah, aku tak boleh pergi holiday. Sebab suami tak free. Bila suami dah free, aku kena stay kat ofis pula. Jadi 'barua' bos. T_T

Bila aku boleh pergi cuti-cuti Malaysia ni? Takkan nak suruh menyimpan aje? Sekali sekala mau juga aku nak berjimba-jimba. Boring la mengadap komputer je. Nanti mata aku jadi rabun. Nanti aku kena pakai glasses. Nanti aku jadi bertambah cun kalau pakai glasses. Nanti husband aku risau ada orang lain ngurat bini dia. Semua nya tak mendatangkan kebaikan...!!! Uwaaaaa~ 

Okeh dah release tention sekejap. Keluar semua ayat merapu-rapu. Okeh babai...!


Friday

BREAKING DAWN - PART 1

Lambat giler nak tunggu movie ni keluar kat wayang. Bulan November nanti...? Berjanggutla aku tunggu..




Ok, aku memang minat giler sequence movie ni. Kalau uols tak minat pun takpe. Tak salah..








Tapi...










 aku berdoa dan berharap tiada sesiapa akan meroyan seperti orang kat bawah ni bile tengok trailer dan movie nya nanti pada November tahun ini ;p













Dan...










Apsal Edward semakin handsome kat mata aku, huh?





Sila abaikan heroin yang kerempeng gitu. Kalau heroin mantop ala-ala Siti Saleha yang berlakon cerita Nora Elena tu mesti best! Hehehhe.. boleh?


Sementara nak tunggu santapan mata movie ni bulan November nanti, aku santap dulu la mata aku ni dengan hero pojaan hati sendiri... ;ppp









jangan marah aaaaaa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...