Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Wednesday

JENIS-JENIS SEPATU

Share the picture from blogserius

Dalam banyak-banyak jenis kasut kat atas tu, kasut mana yang korang suka pakai?

So far, baru aku tahu nama-nama jenis kasut ni. Mungkin korang dah lebih tahu dari aku. Maklumla, aku ni kadang-kadang slow sikit :)

So far, utk pergi kerja, aku suka kasut jenis chunky heel dan ruby slipper. Aku akan pastikan tumit dia lebar dan luas. Baru la jalan tak terpeleot! Maklumla, aku ni bukan jenis skinny dan langsing. Tumit halus-halus seperti pump, ankle strap, strap sandal, bondage, stiletto apatah lagi jenis lobster claw dan extreme ballerina tidak sesekali digunakan. Terlalu tinggi dan pelik! Korang tahu je la, tinggi aku 163cm, kalau aku pakai kasut tinggi gitu dah hampir sama dengan laki aku yang tinggi 175cm. huhuhu.. Aku juga suka kasut yang tertutup. Supaya kulit terpelihara, tak mudah kering dan rosak.

Malah, aku tercari-cari kasut kerja jenis peep toe atau t-strap tapi masih belum jumpa yang berkenan di hati. Tak dapat cari 2 jenis kasut tu tetiba hati berkenaan pula dengan kasut jenis chunky heel dari Clarks. Ok, masuk waiting list pertama aku. Tunggu nanti aku terjah. Tapi bile..? Entah!

Kalau kasut pergi merewang-rewang yang banyak nak guna kaki instead of dok je dalam kereta, aku prefer jenis mary jane dan ballerina flat. Macam muda remaja gitu. Kalau pregnant sure pilih kasut gini juga kan? Ada juga jenis mule bertumit kecil aku berkenan kat Bonia tapi masa tu aku dah rembat kasut jenis ruby slipper kat tempat yang sama, terpaksa aku pilih sepasang antara dua pasang tu. 

Untuk raya nanti (eceh..eceh.. dah cerita pasal raya plaks!), aku teringin nak cari kasut jenis d'orsay dan strap sandal. Dulu aku ada sepasang dua, tapi itu kasut dah lama. Aku longgokkan je kat rumah parents aku. Buat-buat tak kenal yang itu bukan kasut aku. hahaha.. Siap si Qira anak abang aku cakap yang dia nak bawa balik, nak pakai. Dia sendiri cakap kat parents aku yang aku dah benarkan. Hahahaha.. mana la dia dapat idea tu..

Strap sandal tu aku teringin gak nak pakai tapi idakla setinggi tu boleh? Aku suka designnya kalau pakai dengan baju kurung. Nampak seksi gitu! Hiks.. mati aku kalau niat nak beli kasut sebab nak tunjuk kaki seksi sure Allah tak bagi.

Masa aku dok Germany dulu, merasa juga la pakai knee boot. Aku tak berani beli yang tinggi-tinggi seperti ankle high dan thigh high boot sebab dok sana sure terkejar-kejar bas dan train. Nanti sure bas akan tinggalkan aku. Takde maknanya diorang nak tunggu aku yang tergolek, terjatuh, terpeleot nak bangun balik pergi sambung kejar bas. Dah la kat sana banyak betul aku kena berjalan. Jadi, kasut yang flat amat la sesuai.

Eh, flip flops mesti semua orang pon suka kan? Ada ke yang nak pergi kedai semata-mata suka pakai high heel? eceh..ceh..ceh..

Oklah, sibuk plak nak cerita pasal kasut kan? So, uols suka design kasut kerja or kasut jalan or kasut raya or kasut pergi pasar macam mana? Ce citer..ce citer.. :)

Friday

DULU TAK LALUI, SEKARANG DAH LALUI BARU TAHU

Salam uols,

Dah seminggu aku tak update blog. Ada korang kesah ke? 

Oklah, sebenarnya dulu aku tertanya-tanya juga kenapa bila perempuan dah kahwin, gambar yang selalu diorang letak kat desktop or laptop adalah gambar dia dengan anaknya atau anak-anaknya. Kadang tu ada juga yang jadikan background kat hp sendiri. Ada yang suka print gambar anaknya dan tampal di cubical kat tempat kerja. Ada yang simpan gambar passport anaknya dan letak kat dalam purse masing-masing. Sebab dulu tu aku perhatikan kawan-kawan ofis yang buat macam tu. Pelikla aku. Yelah, masa tu aku belum ada anak, jadi mestila aku tertanya-tanya. Nape tak letak gambar laki sendiri? Takpun gambar laki dia dan anak-anaknya? Nak juga aku nengok laki diorang ni handsome ke idak? Tinggi ke rendah? Kurus ke berisi? dan sebagainya... Hahahhaha..jahat!


Yelah, kalau time bercinta mesti nak simpan gambar pakwe kt PC masing-masing. Kat hp wajib ada! Nanti orang tau la kita sedang berpacaran. Jangan kacau line! Especially kalau pakwe handsome kan.. Handsome di mata kita la. Maka wajibla display gambar pakwe kat wall cubical kat tempat kerja ke, hp ke, PC ke, mahupun dalam purse.

Eh, ada tak korang dapat pakwe yang suka nak inter-frame kat officemate dan bagi tau satu ofis yang korang ni sedang berpacaran? Kiranya nak warning satu ofis la supaya jangan sesekali kacau line? Hahahah kelakar la..!

Ok, bila aku dah kahwin, dah ada anak ni baru aku tahu kenapa wujudnya situasi begitu bilamana si perempuan yang dah kahwin dan punya anak suka simpan gambar anaknya di tempat-tempat yang mudah nak tenung gitu. Bagi aku la.. ni aku cakap bagi pihak diri sendiri. Uols sure ada sebab tertentu kan?

Bagi aku, aku suka letak gambar anak kt PC, hp dan laptop (purse tak!) sebab aku selalu kerinduan dengan anak sendiri lebih dari si bapaknya. Boleh...?

Bila kat ofis, aku selalu tertanya-tanya, Camimi buat apa? Dah makan ke belum dia tu. Makan banyak ke sikit? Macam mana dia tidur kat school sebab biasanya kat rumah dia nak aku peluk dan tepuk-tepuk dia. Tamau tepuk pun at least ada tangan aku kat atas peha dia pon dah okeh. Ada tak kawan buli dia lagi? Balik rumah still ada lebam-lebam kat anggota badan dia. Cikgu dia pernah naik tangan tak kat dia? Serba serbi aku nak tahu apa yang berlaku pada Camimi kat school. Kalau boleh dah lama aku pasang cctv kat school dia. Orang lain nak share meh sini duit sikit! :p

Tambah lagi kita sebagai ibu memang rapat dengan anak. Apa saja yang Camimi nak, dia akan cari aku dulu. Sampaikan dia tengok daddy dia bersiap-siap pakai tali pinggang bagai, dia dah terketuk-ketuk pintu bilik air time aku tengah mandi. Boleh dia tanya aku yang tengah mandi tu daddy dia nak pergi mana? Apsal la dia tak tanya daddy dia sendiri yang daddy dia nak pergi mana? Pelik betul la..! Tapi itu yang selalu buat aku tersenyum sorang-sorang kat ofis.


Bila ambil je dia dari school, aku tanya Camimi miss mommy tak? Love mommy tak? Pandai pula dia jawab, miss mommy and daddy! Love mommy and daddy! 

Bila aku berdua je dengan Camimi, si daddy dia pula takde, aku akan cakap kat Camimi "mommy miss daddy la..." Pastu dia pun sibuk cakap "Camimi pon..." huk..huk..huk..

Pernah juga daddy dia volunteer nak tidurkan Camimi malam-malam. So, aku bolehla siapkan kerja rumah seperti sidai kain, kemas dapur, dan sebagainya. Tapi 1x dalam 1000 pun tak pernah dia mau daddy dia tidurkan malam-malam. Kehangatan pelukan mommy dia juga yang dicari. Tangan mommy dia juga yang dicapai. 

Kalau tengah duduk makan sama-sama kt restoran, tetiba baru terperasan yang Camimi elok je tengah bertenggek duduk kat peha aku. Bila masa dia naik atau peha aku pon tak tahu. Menyendeng-nyendeng macam "Fasha nak sandar". Hahahah..


Dah kena marah baru nak pergi menyendeng kat daddy dia pula. Pernah juga aku cakap bahasa Melayu dia tamau dengar, cakap English pun tamau dengar. Sekali aku tanya, "nak mommy cakap Jerman pula ke dengan Camimi?" Elok je dia cakap, "tak nak..tak nak..." Camimi masih menggunakan 2-3 perkataan dalam bahasa Jerman, banyak yang dia dah lupa. Tapi lagi banyak yang aku tak sempat ajar dia sebab dia masih kecil dan tak pandai cakap lagi masa tinggalkan bumi Jerman. Tapi kami laki bini kalau tamau kasi orang tahu apa yang kami cakap, kami akan cakap bahasa asing tu. Tapi idaklah mengumpat. Tak baik ;p 

Jadi, kalau Camimi dengar perbualan kami dan dia tak faham, terus dia tanya, "mommy cakap Jerman ke?"

Cuma ada satu situasi je Camimi willing to do dengan daddy dia tanpa sesiapa marah atau suruh. Iaitu pergi kedai. Asal dia tahu daddy dia nak pergi kedai, elok je terus pegang tangan daddy dia cakap nak ikut. Ha, time tu je la terasa yang Camimi ni bukan anak aku sorang. Anak daddy dia juga. Sebab kalau pergi kedai, dia akan dapat apa yang dia nak. Biasalah budak.. Siap pesan kat aku yang tinggal kat rumah "mommy jangan naughty ye..! Camimi pergi sekejap je.."


Selalunya anak perempuan rapat dengan si ayahnya macam aku rapat dengan ayah aku. Anak lelaki yang akan rapat dengan maknya, dan semoga esok ada anak lelaki boleh la dia rapat pula dengan daddy dia. Kalau tak, nanti aku layan sorang ni, sorang tu pula jeles. Macam aku layan Batrisyia anak abang aku tu. Aku dodoi dan tepuk-tepuk Batrisyia nak suruh tidur, Camimi dah merengek-rengek suruh tepuk dia juga. Dah jeles la tu! Siap nak suruh aku dodoi kat pangkuan bagai macam aku dodoikan si Batrisyia. Aduh... kaki Camimi terlebih panjang sudah.. Dalam suka-suka dan sayang-sayang Camimi kat Batrisyia tu, still ada jeles juga especially kalau aku kiss dan hug Batrisyia. Dia pun nak jugaaakkkk..!



Oh, aku pon rindukan budak kecil baju hijau ni. Senang sangat nak jaga dia kalau mama dia minta tolong jadi babysitter. Takde masalah langsung! Nak tidur kan lagi senang. Macam aku ni expert sangat dalam tidur-menidurkan budak. Maklumla, dulu aku bela kucing. Aku tidurkan kucing, mandikan kucing, bagi makan bagai. Aku dah belajar sayang makhluk Tuhan ni dari kecil-kecil dulu. Cuma sekarang aku tak boleh lagi nak bela kucing. Aku tamau anak aku dekat dengan kucing langsung. Owh, i'm still the same. Kalau aku nampak kucing kat luar sana, aku still akan tegur kucing tu macam kucing tu tahu apa yang aku cakap. Kalau Camimi cuba nak dekat kucing tu terus aku tarik tangan Camimi, jangan pegang langsung kucing tu. No way!

Aku tak mahu apa-apa bakteria dan virus kucing kena pada anak. Aku dah laluinya dan sekarang baru aku tahu kenapa sesetengah orang tak suka kucing walaupun ianya makhluk Tuhan yang paling comel. Husband aku pun suka kucing, tapi interest dia gitu-gitu je. Aku yang terOVER sudah!

Okeh la.. apa pun masing-masing punye pendapat kan? Ini sebahagian dari coretan kehidupan aku. Harap-harap bila Camimi dah besar esok dia tahu betapa mommy dan daddy dia sayang sangat kat dia. Dah usaha nak dapat adik baru untuk Camimi supaya dia tak bercakap sorang-sorang lagi atau dengan 'kawan' dia tapi Allah itu lebih mengetahui bila masa yang terbaik untuk memiliki cahayamata lagi. :)

Just wait and see

Note: Eh, malam ni ada Maharaja Lawak la. Kejap je dah seminggu berlalu? Macam baru semalam tengok Maharaja Lawak.. Masih segar nabil main piano atas meja warung. Hahahahah

MALAM NI!!

Salam Jumaat uols,

Wah, selalu hari Jumaat memang tertunggu-tunggu. Mood happy kan? Owh, hari ni mood aku sedikit spoil sebab tengah period pain ya amat. <---- tapi sempat update blog la pula..!

Semalam bagi tau kat husband yang aku baru period. Cakap kat hp je. Sedih pula kedengaran suara dia. Ada 2 sebab kenapa dia sedih. Sendiri paham la.. aku terkulat-kulat je. Dia yang tertanya-tanya, "Why sayang..? why..?!"

Okeh, malam ni jangan lupa terpacak depan tv tengok Maharaja Lawak ye? Malam ni parents dan adik aku datang rumah nak makan malam sambil nak tonton Maharaja Lawak. Aku tanya parents aku nak makan nasi or benda lain? Kena tanya la senang aku nak masak.

So parents aku decided nak makan capati dan roti nan je. Jadi harus aku beli roti nan kat mamak Syed Seksyen 3 nanti. (tempat lain bagi aku tak selembut Syed). Capati aku beli kat Tesco, balik rumah nanti panaskan kat kuali leper. Kuah tambahan pula, aku masak je la ikan sardin nanti. Memang sedap sambil makan dengan roti nan dan capati kan?

Owh, teringat aku pernah belajar buat roti capati dari seorang pelajar India or Pakistan (aku dah lupa daaaa) masa dok kat Germany dulu. Senang ya amat! Asal semua bahan ada, cara pun tahu dah boleh masak capati kat dapur sendiri. Tapi balik Malaysia, ilmu dah masuk ke laut. Aku lebih suka membeli dari bersilat kat dapur. Tapi selama aku cuti jaga Camimi demam tempoh hari, setiap hari aku masak okeh. Setiap hari aku panggil husband balik makan tengahari kat rumah. Setiap hari la orang nampak dapur aku tu berasap. Setiap hari juga la jiran sebelah menyebelah atas dan bawah boleh bau masakan aku. Rajin aku masak untuk sarapan, tengahari dan malam. Respek sama diri sendiri beb <---- kasi chance la aku angkat bakul sendiri hihihihi...

Tapi malam ni husband aku nak buat test kat students dia. Subjek Numerical Method? Ntah apa ke benda subjek dia. Aku pon tatau. So, hari ni the whole day students dia sibuk nak jumpa kat bilik. Nak tanya mana yang tak faham. Aku sempat tanya juga, tamau tengok Maharaja Lawak ke sampai nak buat test kat bebudak? Tak ke nanti bebudak tu marah sebab program Maharaja Lawak terganggu? Si suami berseloroh, siapa yang terasa test 1, test 2 dia corot terpaksa la score test 3 ni. Kalau tak nasih...nasib..

Tapi aku tahu, husband aku tu mana boleh termiss Maharaja dan Raja Lawak. Ulangan Maharaja dan Raja Lawak pun berkali-kali dia tengok. Berkali-kali juga dia gelak sorang-sorang. Camimi pun dah faham ikut bantai gelak juga. 

Okeh, cukup la sampai sini aku membebel. Perut pun dah lapar. Aku rasa nak pergi makan sekarang. Owh, makan nasi ye kawan-kawan. Sejak akhir-akhir ni diet seminggu sekali je nasi dah tenggelam. Sekarang setiap hari makan nasi. Cuma aku ambil nasi 1/4 senduk je la. Buat sedap mulut nak kunyah nasi. kui..kui..kui..

Note: selamat berhujung minggu.. yeeaaahhaa!

Thursday

AKULAH JUARA MAKAN

Semalam aku rasa akulah juara makan!

Pagi sarapan kuey teow goreng dan telur mata kat restoran Seri Keningau. Cadangnya tengahari aku tamau makan sebab kebiasaannya aku kenyang sampai ke petang (serius!). Tapi pukul satu tengahari aku dah mengagau cari nasi.


Jadi, tengahari tu aku makan nasi (suku senduk), ikan keli goreng, sayur (wajib!), kuah kari sikit dan kicap (wajib kicap ada kalau aku makan kari atau gulai atau asam pedas. marbeles!) dan tempeh goreng. Dah lari dari kebiasaannya yang mana aku selalu ratah lauk yang banyak.


Dah kenyang memang tak fikir langsung pasal makanan. Tapi kat facebook ada orang iklankan yang dia bakar kek. Terus la tekak ni mengada-ngada nak makan kek. Terbayang kek coklat moist Secret Recipe. Petang tu balik kerja terus aku dapatkan kek yang diidamkan. Siap share dengan Camimi yang memang suka makan kek. Ada lagi sikit kek tu tak habis aku simpan dalam fridge.


Lepas beli kek aku singgah makan malam. Biasanya makan malam aku adalah waktu petang. Jarang sangat makan malam pada waktu malam. Kecuali datang angin kus-kus dan angin mengada-ngada mengidam macam-macam.

Jadi, makan malam aku semalam adalah mee bandung. Lepas order mee bandung tu tetiba terasa nak cancel order sebab aku takut tak larat nak habis. Aku baru je telan kek coklat moist tadi dengan Camimi. Jadi perut idakla terasa lapar bangat! Tapi aku ni tak suka nak nyusahkan orang (kononnya la...) jadi aku biarkan je la pelayan tu berlalu bersama menu yang aku order.

Kebiasaanya air yang akan aku order adalah air limau suam kosong. Means tanpa gula. Dah lama aku diet gula tapi kadang-kadang aku skip juga. Aku order minuman yang kurang manis. Aku suka limau kosong kat Sri Keningau sebab dia letak asam boi sekali. Jadi air limau aku tu idakla terlalu masam seperti biasa. Sedap giler! Aku amalkan air limau ni supaya perut tak boncet. Memang ada keberkesanannya!

 
Bila mee bandung aku datang, slow je aku makan. Memang berjanggut husband aku tunggu. Camimi pun dah habis roti canai dia. Mee hailam husband aku pon dah habis. Tapi sebab aku ni memang tak suka membazir makanan aku bantai juga mee bandung tu sampai habis. Walhal husband aku kata kalau dah tak larat tak payah la makan. Kata nak rasa je mee bandung kat sini. Rasa sikit udah la. Tapi aku bantai sampai licin mee dia. Tinggal kuah sikit. hihihihi.. Terukkan...?


Macam biasa kalau dah input banyak sure kena ada output nya. Malam tu aku terus keluarkan dari perut aku ni apa-apa yang patut melalui proses yang normal. Lepas Isyak aku dan Camimi terus masuk tidur. Mata dah tak larat nak buka dah.

Tapi sekarang, bila tengok gambar-gambar kat atas terasa lapar la sangat. Tapi bila teringat hal semalam, hari ni terus insaf. Biasanya aku akan jadi juara makan bila period nak datang. Time tu la macam-macam nak makan. Kalau boleh sumbat apa saja boleh disumbat. Tapi aku pernah baca artikel, wanita yang nak didatangi haid, metabolisme dia akan meningkat. Sebab tu terasa nak makan aje. Manakala berat badan tidak akan bertambah disebabkan oleh pekara ni. Sebab tu aku tak risau. Hihihihi...

Note: Lepas makan terus timbang memang la akan ada perubahan pada jarum penimbang tu. Cuba tunggu keesokannya baru la boleh timbang. Memang aku perasan, takde peningkatan berat badan. Okeh, wahai wanita di luar sana, anda ada lebih kurang 1-2 minggu untuk makan apa saja yang nak dimakan sebelum kedatangan haid uols. Hihihi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...