Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Wednesday

KESIAN KAT CAMIMI

Saya nak cerita pon sedih, camimi apatah lagi! Kesian kat dia...


Ini berkisah tentang school Camimi (nursery). Bagi sesiapa yang mengikuti kisah Camimi, sure tau pada awalnya babysitter yang jaga camimi adalah Kakak Nurul. Memang camimi semakin rapat dengan Kakak Nurul. Awal-awal dulu hantar camimi ke school syik nangis je. Tapi Kakak Nurul pandai handle. Lama kelamaan Camimi dah ok dengan Kakak Nurul. Belajar berkawan bagai. Takde masalah. Then, 6 bulan kemudian Kakak Nurul berhenti. Berhenti daripada kerja kat situ la. Sebenarnya Kakak Nurul masih menjaga budak tapi kat nursery lain. Mungkin dapat tawaran yang lebih lumayan. 

So, Camimi hilang Kakak Nurul dapat pengganti lain pulak. Dalam pada tu, Camimi syik nanya mana Kakak Nurul dia. Susah jugak nak buat dia paham. Tapi lama kelamaan bila dia sendiri tanya mana Kakak Nurul, dia sendiri jawab "Kakak Nurul dah berenti..." Ok anak Mommy dah paham. Good girl!

Next babysitter adalah seorang ibu yang menjaga anaknya juga di situ. Anak dia nama Erin. Camimi panggil Kakak Ayin. (pelat sikit!). Camimi panggil babysitter kali ni adalah 'Ibu' sebab terikut Kakak Ayin dia panggil dengan panggilan yang sama. Memula tu memang susah sikit Camimi nak adapt dengan babysitter yang baru. Nak suruh masuk pintu school siap berdrama sekejap kat luar. Tapi tgk Ibu pandai handle. Dia pujuk nya Camimi dengan colour pensil, dengan buku cerita, dengan toys masak-masaknya. Memang la Camimi laju aje masuk school. Selesai masalah! Camimi dah tak kerap tanya mana Kakak Nurul dia. Balik2 sebut  Ibu, sebut Kakak Ayin dia.

Kadang-kadang terpanggil Mommy dia dengan panggilan Ibu. Borak-borak kat rumah pon sibuk cerita Kakak Ayin dia dengan Ibu. Nampak sangat dia seronok dengan Ibu dan Kakak Ayin. Kalau Camimi seronok, saya turut seronok. Idak la lagi saya dengar dia menangis nak datang school atau liat nak bangun tidur nak pergi school. Maklumla, dulu memang saya je orang yang dia tengok seharian, dok jaga dia, dok main dengan dia, dok mandikan dia, dok bagi makan dia. Bila dah balik Malaysia, semua berubah. Mommy dia pon nak cari rezeki jugak. Terpaksa la hantar anak mintak orang jagakan.

Pagi tadi saya umpan Camimi untuk bangun awal sebab Mommy dia nak kena masuk kerja awal (sebab tengahari nak pergi swimming ~ nanti boss marah masuk lewat). So saya umpan dia dengan nama Kakak Ayin. Cakapla, "Kakak Ayin dah tunggu Camimi kat school ni. Jom bangun, mandi cepat. Nanti Kakak  Ayin tunggu lama." Lain hari, lain la modal umpanan saya untuk dia bangun awal. Tapi kadang-kadang terlewat juga hantar dia ke school sebab Camimi bangun lewat kol 9.30am. fuhhhh!!

So, untuk cerita hari ini, sepantas kilat Camimi ajak mandi. Buntang terus mata dia. Takde merengek, mengamuk dan nangis2 bangun tidur. Mudah kerja Mommy. Dah siap-siap nak hantar pergi school, dalam perjalanan Ibu hantar mesej:

                       Dear Camimi: Ibu dah xkerja dah. Take care ok..


Kalo you all umpan anak pagi-pagi begitu then dapat mesej begitu apa yang you all rasa? Sedih kan..? Berterus-terangla saya pada Camimi sebelum dia turun kereta pagi tadi. Saya cakap "Camimi, Kakak Ayin dengan Ibu dah takde kat school. Diorang dah berenti.." Camimi melopong sambil terkebil-kebil aje mata dia pandang pada saya. Terus dia tanya semula, "Kakak Ayin dengan Ibu dah berenti?"

Saya pimpin tangan dia macam biasa masuk ke pintu pagar school. Saya faham perasaan dia. Dia datang school nak main dengan Kakak Ayin dia, tapi takde pulak. Dia nak manja-manja dengan Ibu dia, tapi dah berhenti pulak. Diam membisu aje Camimi. Orang yang sambut Camimi depan pintu pon orang lain. Diam aje, nampak sangat muka sedih dia tak dapat main dengan kawan baik dia. Saya faham, sebab saya pon berkongsi kesedihan dengan dia. Sebab saya yang dok selalu umpan Kakak Ayin dan Ibu dia untuk datang ke school.

Jaga budak-budak ramai begini memang cepat meletihkan. Tambah lagi kalau sorang aje nak kene handle. Itu la yang dilalui oleh Kakak Nurul dan Ibu. Sebab itu diorang berhenti. Budak-budak 'Daycare' dalam 6-7 orang. Then ada budak-budak sekolah datang untuk transit lagi. Dah bertambah kat situ. Mungkin sebab itu babysitter tak tahan. Patutnya pihak Admin tambah la lagi sorang untuk bantu-membantu jaga budak-budak..

Em, apa pun, hari ni hati saya rasa kurang sedap. Saya tahu Camimi kat sana sure tertunggu-tunggu untuk sampai pukul 5 petang. Tertunggu-tunggu untuk saya datang menjemput dia. Tapi saya harap telahan saya tak tepat. Saya masih berharap dia seronok dengan babysitter sementara tu. Sebab minggu depan baru datang babysitter yang baru. Saya harap Camimi masih seronok main-main kat sana sampai terlupa yang pukul 5 petang tu masih lambat lagi. Dan saya berharap babysitter ni faham kehendak Camimi dan pandai melayan budak-budak kat sana.

Alahai..sian anak Mommy ni. Silih berganti babysitter dia...


Tuesday

PAY AND DISPLAY

Kali ni nak bercerita tentang parking 'Pay and Display' atau biasa dlm Melayu je; 'Bayar dan Pamer'. Biasanya parking macam ni ada di mana2 pusat bandar. Di Shah Alam tak terkecuali la. Kat ofis saya nih pon parking jenis gitu. So paham-paham je la kene invest money untuk parking pulak. huhuuh

Tapi yang tak seronok tu, penguatkuasa MBSA jarang nak saman kereta-kereta di kawasan ofis saya ni. Dalam sebulan mahunya 2-3 kali je penguatkuasa buat rondaan sambil menyaman-nyaman. Oleh itu terasa sangat la rugi kalo kami satu ofis dan lain-lain ofis untuk beli kupon parking kereta yang sebulan punya.

Lagi pon, kadang-kadang saya berada kat ofis utk 3-4 jam je. Kadang-kadang separuh hari je. Yelah, banyak kerja luar yang perlu dibereskan. Scope of Works yg diberi oleh boss usah dipertikaikan yek..?! Saya yang hanya menurut perintah la katakan...

So, sekarang memang tak beli dah kupon parking kereta. Gune syiling aje untuk tempoh-tempoh tertentu. Tapi sekarang kami dah hafal schedule si penguatkuasa datang buat rondaan. Kebiasaannya adalah sebelah pagi hingga ke tengahari. Belah petang sangat la jarang. Kalo waktu mendung dah nak hujan lagi la jangan la harap. Takyah bayar parking time gitu pon takpe sebab confirm penguatkuasa takde nak buat rondaan. Idak la dia sanggup kene petir, kilat dan basah lenjun dek hujan dak...?
Ada cara lain jugak kalau nak tahu si penguatkuasa datang meronda-ronda. Biasanya ada pakcik India tukang cuci kereta yang naik basikal tu akan bagi tahu kitorang dulu. Yelah, dah keje pakcik tu jalan-jalan cari kereta siapa yang nak dia cuci. Secara tak langsung nampak kelibat si penguatkuasa tengah buat rondaan. Dengan sepantas kilat dia akan hebahkan tentang kedatangan si penguatkuasa tu. So, siapa-siapa yang alert mesti macam lipas kudung punye turun tangga nak pergi bayar parking kereta kat mesin-mesin yang berdekatan.
Ada jugak cara lain. Makcik taukeh restoran bawah ofis saya ni pon kiranya dah boleh diupah menjadi barua.. (hahhaha ganas betol ayat aku!). Dok makcik tu lepak-lepak depan kaunter, nampak aje kelibat penguatkuasa, terus aje makcik tu jerit-jerit! "ehhh..nannti...nannnttiiii....!" Korang tau ke apa makcik tuh buat selepas itu. 

Makcik tu akan tahan si penguatkuasa tu daripada menyaman kereta-kereta yg biasa makcik tuh 'jaga'. Then makcik tu akan tolong bayarkan dulu tiket parking kereta-kereta orang yg terlarat dia bayarkan, termasukla kereta saya dan bos saya. heheheh.. bagus tau makcik ni. Sayang bebenor pada dia! Nanti bila dah turun nak beli makanan baru lah masing-masing tau yang makcik tu tadi dok tolong bayarkan parking kereta semua orang. So, apa lagi? Sesi membayar pulak pada makcik tu la sebab dia dah dulukan duit dia.

Ada gak cara lain iaitu cara 'berserah'. Ha, ini memang cara gamble aje la. Agak-agak nak parking sekejap, beranikan la diri tak payah bayar parking. Kalo nasib baik, lepas. Kalo tak RM30 terbang. Itupon kalo bayar saman within 14 days. Kalo tak RM50 terbang. 

Tapi sekarang, nampak gayanya tak sempat entry saya ni nak kuar, si penguatkuasa sudah mengambil langkah segera! Diorang dah kerap buat rondaan la semenjak dua menjak ni. Setakat ni kereta saya dah 2 kali kene saman. Makcik restoran bawah ni pon tak sempat usha si penguatkuasa. Tengok-tengok kereta dia pon dah ada 'surat cinta' tersepit kat viper kereta. Entah mana datang si penguatkuasa tu, tetiba aje dah ada yang melambai-lambai di wind screen kereta. Mungkin si penguatkuasa guna ilmu tak? hahahha...

Ok, kalau bayar saman awal sebelum 14 hari, ada RM10 discount. Maknanya daripada kene bayar RM30, jadi kene bayar RM20 aje. Nak pergi bayar pon bukan kene beratur panjang pon, ada kaunter tingkap disediakan oleh pihak MBSA di bangunan MBSA. Mudah dan menjimatkan masa! Nasib baik.. kalo tak tak kuasa nak parking-parking then nak kene beratur pulak. huh!

Dah kene saman 2x nih pon saya masih tidak mahu menggunakan kupon parking untuk sebulan tu. Sebab kalo dihitung-hitung, bayaran syiling saya pada mesin parking tu masih kurang daripada RM60 yang diperuntukan untuk kupon parking selama sebulan. Dah save kat situ. Lagipon sekarang musim hujan. Si penguatkuasa mesti tamau kena hujan dan panah petir kan..? Huhuu..save lagi! Nasib la...

Note: Petang ni saya menggunakan cara 'berserah' sebab dah petang, mendung. Jgn la ada si penguatkuasa..!

Monday

SWIMMING STORY

hari ni saya buat entry selepas pulang dari swimming. utk mengelakkan saya membentang tikar dan menyorong bantal, baiklah saya merajinkan diri utk buat entry baru dlm blog ni. tapi beb, mata saya nih mmg dh mcm garfield aje. maklumla, pas swimming tadi g lunch dgn cik abe, mkn nasi grg paprik dan air berais! tuh yg tangkap lentok je nih. drive kete tadi pon mcm terawang2an aje. huarggghhhh..ngantuk!

okla kawan2.. sbnrnya saya pegi swimming kt uitm je. sbb tamau kasi sun burn, so elokla pegi swimming kt sana instead of Pusat Akuatik Shah Alam. lgpon tak campur laki pompuan. so, takdela kes terlanggar montot org tuh ke, terkuak dada org ni ke. bebas! pompuan sama pompuan apa kesah dak?

cuma..saya takde kawan la. boring plak. org lain sume dtg dgn geng masing2. bila masuk pool tuh nmpk mcm happening je. bergurau senda, bergelak ketawa. nk gedik2 pon tak kesah sbb takde laki yg suke mengutuk!

paling tak best takde kawan ni bile nk pegi kt tmpt dalam. saya nih dh la penakut. takde kawan ni dibuatnya kang tgh2 pool tu kaki saya cramp, sape nk tlg? tak pon time swimming  tu tetiba terlemas ke, sape nk gapai tgn saya? kadang2 saya terbayang time2 saya swimming ada yg menarik kaki saya kang, sape yg nk bantu? ish.. mcm2 saya pk! hahaha.. dasar penakut! org lain elok je berenang ke sana. yelah, diorg bwk geng. saya nih sorang2.. seganla nk ke tempat dlm sorang2.. malu i uuuu..! muahhaha..

utk pegi swimming lain hari lain schedule nye. mcm setiap hari isnin, rabu dan jumaat, saya akan pegi time lunch hour. manakala hari2 lain adalah after office hour. sabtu dan ahad tak done la saya nk pegi swimming sbb kesian kt camimi. takde org nak jaga dia. 

sbnrnye dari saya study kat uitm dulu pon saya dh start swimming. saja ngisi masa lapang di samping menjalankan aktiviti2 yg berfaedah dan menjurus lbh kepada 'menjaga badan'. masa tuh ada 'kaki'. asal takde kelas atau time2 petang sure ajak kawan2 rapat pegi swimming skali. kawan2 yg tak reti swimming  masa tuh lama kelamaan mmg terus pandai swimming. kawan2 yg kuak sana sini tp langsung tak bergerak walau seinci pon terus dah boleh bergerak dari tebing ke tebing. sangat membanggakan!

cik abe plak ajak g swimming same2 kat pusat akuatik shah alam. sbb kt situ je boleh campur laki pompuan. tapi takde bumbung la pulak. dan of course nnt sun burn. hahhaha mendung je org tgk saya nnt. hehhe..

tapi so far ok la, saya happy dpt kembali exercise diri. tak aci la kalo cik abe leh pegi main futsal, main badminton 2x seminggu tapi bini dia dok jaga anak kt umah tak buat mende pon. huhuhu. but now, dh kire fair la kan? sama2 nk bersukan jugak. bkn apa, demi kesihatan diri sdri jugak...



note: nak beli rumah ada swimming pool tak mampu. nk beli condo kongsi swimming pool ramai2 pon masih tak mampu.. hai.. teringin nyer..! akan ku usahakan kelak. doa2kan la ek kawan2. hehhehe..

Thursday

NEKAD

betul, saya dh nekad! saya nk start swimming smula.. oleh itu, saya perlukan benda2 spt di bawah ni. yg lama punya ntah ke mana hilang. dlm store kot. malas nk cari la! nnt jumpa lipas, cicak, bagai. ishhh!



oleh itu, saya perlu escape time lunch or after 5pm utk ke swimming pool... nekad dah nih.. nekad!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...