Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Sunday

DUNIA OH DUNIA...

Terpandangkan video clip tntg norman hakim dan memey di website harian metro online, tergerak pulak hati i nak play video clip tuh.


Itu sbnrnya adalah video clip berkenaan dgn mereka yg baru hari pertama (mungkin) selesai perbicaraan tntg kes tangkap khalwat mereka di mahkamah syariah. bnyk wartawan menanyakan pebagai soalan kpd mereka tntg bagaimana kes perbicaraan itu berjalan dan future planning diorg. tapi i kureng minat tgk cara memey melihat norman, senyum pada norman, berdiri dkt2 dgn norman soalah2 diorg tuh sbnrnye sedang hangat bercinta.


sbnrnya perasaan suka atau tak pada seseorg tak perlu ditanya pada individu berkenaan. mcm artis ni, jwpan diorg mcm biasalah, "no comment" atau "kawan biasa" atau "biarlah rahsia". hek kepala hotak ko! tgk cara ko senyum kt mamat duda tuh pon dh tau. cara ko pandang mamat solo tuh pon dh tau.


tak ada rasa bersalah ke pada diri dia yg dia tuh pencetus keruntuhan rumah tangga org? mentang2 dia cantik dan masih muda atau pon kata lain masih dara sunti, mgkin itu la senjata paling berguna utk memikat mamat duda yg masih tampan dan mantap tu.


oppsss..terlebih over plak i kan. tapi series beb! tak minat la situasi mcm tu. tak minat dgn jawapan diorg tuh kpd wartawan. sekilas ikan di air, dpt aku agak jantan betinanye la..! siap berbaju sedondon gitu mcm baru pas nikah beb.


Dunia oh dunia. agaknya skrg buat salah meruntuhkan masjid org pon dh boleh dianggap perkara kecil. tiada perasaan malu dan insaf dgn apa yg berlaku. come on memey...! dah tau mamat tuh dh kawen, still nk berkwn rapat apsal la ek? fikir2 kan la. kalo sekarang ko meruntuhkan masjid org, mana tau esok2 runtuh pulak masjid yg ko bina atas tanah runtuhan masjid org lain. kesiaaannnnnn...!

note: nih i amik kt u-tube. kalo nk ori u all clik kt sini. (column kanan tepi)


Saturday

BUAL BICARA HATI

Cerita lama yg tetiba teringat dan ingin utk dikongsi bersama:


Dulu masa sekolah, suka antara satu sama lain mmg satu perasaan yg biasa. Org nih admire org itu, dan org itu pulak admire kt org ni. Apa yg ingin dimaksudkan di sini adalah, perasaan halus yg suka dan berminat kpd seorg individu lain yg berlainan jantinanya. Hehhehe..


I sebagai manusia biasa, takkan lari daripada melalui perasaan halus sebegitu. Biasala kan sbb kalo dh terpandang ada mamat hensem kt dpn mata, siapa yg tak luluh jantung hati kan..?

Dulu masa sekolah i ada minat kt seorg mamat ni. Sbb apa yg nmpk dpn mata semuanya baik saja. Semuanya manis dan molek aje. Dia seorg yg boleh dikatakan kacak, tinggi drpd i (of course) dan mempunyai jawatan dlm sekolah tu. Tingkah laku dan tutur bahasanya takde la baik bebenor tapi molek je dipandang mata. Kire manusia yg biasa2 je dan takdelah terlalu special.


Tak tahu kenapa hati ni slalu meronta2 utk meminati dia dari jauh. Tak berani nk berterus terang beb. Malu la takut i syok sdri ke kan. Bila dia lalu dpn mata, i akan amik kesempatan utk mencuri2 pandang segala tingkah laku dan gerak geri badan nya. Kalo dia berbicara, i akan memasang telinga utk mendengar liuk lentuk lidah nyer berkata2.


Secara kebetulan, setiap aktiviti yg dianjurkan oleh pihak sekolah ataupon kelab, kami slalu attend bersama. Ya, mmg kebetulan juga i slalu berada dlm satu kelab atau persatuan dgn dia. Malah kami belajar dlm satu kelas.


Ada suatu hari, kami ramai2 termasuk la dia menyertai satu perkhemahan yg dianjurkan oleh kelab persatuan sekolah kami. Punyela seronok sbb i boleh amik kesempatan utk lbh mengenali diri dia dan ada bnyk masa utk memerhatikan gerak geri dia. Ada satu ketika tu, i terkantoi dgn dia apabila i dok perhatikan dia dari kejauhan. Lalu i tersenyum malu dan melarikan muka i daripada tenungannya.

Semenjak i terkantoi tu, i mula perasan yg dia pula skrg suke memerhatikan i pula dari kejauhan. Malah bile tenungan mata kami bertemu, masing2 tersipu malu dan cuba melarikan wajah. Apabila kami berselisih bahu, masing2 membisu tapi tak lokek mempamirkan senyuman penuh makna. Setiap masa bila ada peluang tentu i akan memerhatikan dan memandang apa yg sedang dilakukan oleh nya. I perasan juga, dia melakukan perkara yg sama.


Dalam lain2 situasi juga perkara yg sama berlaku. Tamat sesi perkhemahan, kami ambil gmbar beramai2 dan dia berdiri di sebelahku. Terketar2 senyum dpn kamera sebab tak pernah berdiri serapat itu dgn mana2 lelaki seumur hidupku. (walaupon jarak berdiri tu boleh seorg lagi berdiri antara kami berdua)


Kemudian, kami ada menyertai pula lawatan yg dianjurkan oleh pihak sekolah juga. Perkara yg sama juga berlaku. Walaupon masing2 tidak pernah berbicara, namun i perasan lirikan dan tenungan matanya tetap pada i. Ada ketika i buat2 tak nampak walaupon i tahu dia sdg memerhatikan i. Kadang terlintas difikiran, adakah dia akan meluahkan perasaannya pada i suatu hari nanti apabila acapkali kami menjalankan aktiviti luar sekolah bersama? Adakah dia akan dtg pada i dan memberitahu bahawa i adalah ilham sanubarinya? I pasti masa itu akan tiba tak lama lagi.

Tak lama slps itu, i dpt sesuatu kebenaran yg i tak sangka berlaku pada diri i. Sbnrnya, kebenaran itu lebih kepada sesuatu yg lawak berlaku dlm hidup i. Nak tau apa dia kawan2..? hheheeh...kite jumpa lagi nnt ok at the next entry. Ok..tata!

Friday

TATA RAZMI...

Hari Selesa baru2 ni kami ramai2 ada buat mkn2 sambil gethering. Tapi bkn itu motif sbnrnya. Sbnrnya, nk buat farewell party kecil2an sempena Razmi nk blk Msia dah. Hilang lagi org Msia kt bumi Duisburg ni.


Bertempat kt Nordsee Essen, kami mkn2 smbil celebrate utk ucapkan slmt tinggal kpd Razmi, student double degree kt UDE jugak.


Ini restoran yg menjual 48% makanan laut dan 52% bkn makanan laut (iaitu terdiri drpd salat, kentang, nasi dan beverages). So, menu hari ini adalah makanan laut la. Goreng ada, panggang ada, rebus ada, mcm2 ada...


Ok la, jom terus tgk gambar ye kwn2. Nk cerita lbh2 gmbr pon boleh tlg ceritakan. Enjoy it..!


tetamu2 yg hadir. semua muka2 biasa yg dtg. maklumla ini ajelah org msia dkt2 dgn kami ni


yg nih malas la nk citer lbh2. tgk je la apa dia buat tu. aduhhh...


yg bertopi sdg berucap tu la Razmi. VVIP of the day. tgk la, menjadi santapan lensa2 camera. hehhehehehe


menu kami.. PLAICE FILLETS FROM THE GRILL WITH POTATOS.


camimi dh kebas bontot dah. syik duduk je kt babychair. so, daddy ajak tgk tingkap. berlagak tol dia dgn mummy dia sbb dpt tgk kt tingkap. amboi!!


so, last2 dh ngantuk. jom la kite balik. kedai pon nk tutup kol 8pm. beransurla kite ek..!

Monday

IKLAN RUMAH SEWA

Iklan ini khas utk Malaysians, Indonesians atau sesape yg berada di bumi German. (eceh..eceh..mcm la ramai bebenor org kt german nih baca blog aku!)

Sila ambil perhatian ye kawan2.

Barang sesiapa mahu menyewa dan tercari2 rumah utk disewa, maka inilah masanya utk anda consider umah kami yg terletak di Sternbuschweg 141, 47057 Duisburg.

  • Kemasukan adalah pada 1 April 2009 nanti. (boleh dibincangkan)
  • Deposit (Kautions) adalah sebanyak 750 euro
  • Bil elektrik dan gas boleh dikira semula dengan Stadtwerke
  • Sewa bulanan 310 euro termasuk bil air
  • Internet Alice 29,90 euro (4000 mbps)
  • Banyak perkakas elektrik, dapur, kelengkapan bilik tidur, ruang tamu dan bilik air ditinggalkan utk penyewa seterusnya (Nachmieter) dan akan dijual secara lump sum (harga boleh dibincangkan)
  • Kemudahan lokasi adalah berdekatan dgn bus stop Kammerstrasse bagi bus no. 933 dan 937. (jalan kaki ke duisbug hbf adalah selama 13 minit)
Segala details mengenai perkakas yg ditinggalkan mahupon lain2 perkara boleh hubungi saya ataupon suami ataupon sila la dtg terus ke umah kami utk perbincangan seterusnya.

Sekian, terima kasih!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...