Advertisement

Jom follow follow i, then i follow follow u

Thursday

I AM BACK! WINK WINK

Hello
Salam,

Tatau la nak kena buat come back concert ke? Ni nak blogging come back utk berapa lama pulak. Dah bersawang rupanya blog ni. Memang malas nak update blog. Nak karang ayat pun sudah malas. Tapi tak sangka ada orang sudi melawat baca nukilan merapu yang lepas-lepas. Nak baca boleh. Jangan call saya perli-perli penulisan saya sudah la.. (you know who you are)

Oklah, mungkin entry ni summary of period yg lepas2 tak update. Boleh?

1) Dah confirm beli sebiji rumah apartment (apartment je, dah itu yang mampu buat masa ni) di Setia Alam. SnP dah sign for both parties including with the developer itself as well as with the bank. Legal fees pon dah bayar. Cuma legal fees dengan SP Setia saja waive, while tidak bagi fees dengan bank. So far syukur rumah tu masih dalam proses pembinaan tapi harga sudah naik 40% daripada harga asal. Ada orang tanya, kenapa tak beli landed house since I dah own one unit apartment kat Seksyen 24 (rumah sekarang). But then what should I say? Nowadays landed house at the middle of Shah Alam town ni (excluding Puncak Alam dan Puncak Perdana) minimum price pon dah 450k. Itu baru rumah teres 20x65 je kot. Kalau nak semi-D ada kat Seksyen 24 ni. Tengah naik under PKNS. Starting price is 1.4M. Ok, sekian terima kasih!

2) Camimi demam daaa.. cerry berry dan muntah-muntah. Actually dah kena tahan ward just untuk masuk air but the temperature still ok for me walaupon dah cicah 38. As previous month, temperature naik mendadak till 42 deg lagi terok. Memang sah kena masuk ward for 3 days. Tapi malangnya Salam Hospital full house sekarang ni. So Camimi treated with medicine dulu la. Nasib baik covered with insurance. Kalau tak letih gak nak bayar bill hospital as last month pon dah admitted kan.

3) Esok, Jumaat birthday celebration Camimi kat school Genius Aulad. Yang ni nanti la saya cerita. Sekarang macam malas nak buat entery panjang-panjang. 

Got to go now. See you guys around! Bye and salam!




Sunday

TOP PROPERTY DEVELOPERS

Top 10 1. S P Setia Bhd 2. Darby Property Bhd 3. Sunway City Bhd 4. Sunrise Bhd 5. IGB Corp Bhd 6. IOI Properties Bhd 7. I & P Group Sdn Bhd 8. Bandar Raya Developments Bhd 9. Mah Sing Group Bhd 10. IJM Land Bhd TOP 11-30 11.  Paramount Corp Bhd 12. YTL Land & Development Bhd 13. Glomac Bhd 14. Dijaya Corp Bhd 15. Plenitude Bhd 16. Selangor Dredging Bhd 17. Naza TTDI Sdn Bhd 18. Eastern & Oriental Bhd 19. TA Global Bhd 20. UEM Land Holdings Bhd 21. YNH Property Bhd 22. Bolton Bhd 23. Malton Bhd 24. United Malayan Land Bhd 25. Selangor Properties Bhd 26. Metro Kajang Holdings Bhd 27. PJ Development Holdings Bhd 28. Naim Holdings Bhd 29. Hunza Properties Bhd 30. Mulpha Land Bhd Sorry to say this... Eh, mana pkns? Owh patutlah tak ada. Ramai sangat orang komplen rumah banyak defects. Bukan rumah je. Palang automatik pon susah nak repair. Haihhhh!!

Wednesday

SPEECHLESS!!

Salam kawan-kawan,

Tak tahulah nak cerita macam mana. Nak cakap tentang perkara yang menyedihkan dan mengecewakan. Marah pun ada!

Bengang dengan sebilangan orang Melayu kita yang berniaga. Tak tahu ke diorang ni tentang halal haram? 

Nak dijadikan cerita, pagi tadi saya belikan soto ayam untuk orang yang demam.Tapi saya tunggu dalam kereta saja, si suami yang turun minta orang kedai bungkuskan.

Nak bungkus tu pun saya rasa ambil masa 10-15 minit. Saya fikir pelayan kat kedai tu semua sibuk kot. So, tangan tak cukup nak buat itu ini. Tapi itu bukan satu masalah sebenarnya. 

Paling mengecewakan, bila sampai kat rumah dan melihat ke dalam isi bungkusan soto tersebut. Sangat menyedihkan!

Isinya cuma 4 potong kecil nasi impit (size kecil-kecil sama macam makan Sate Kajang Haji Samuri), tanpa tauge, tanpa begedil, tanpa cebisan daging ayam. Yang ada cuma sedikit kacang goreng dan soo hoon goreng tu. Oh ye, mungkin ayamnya ada dalam sup yang panas tu kot? Tapi, bila dah dituang sup soto tu still tak ada daging ayam atau tulang ayam atau apa-apa isi ayamnya. Haprak!

Sedih kan? KECEWA lagi lah...

Dan harga soto tu macam biasa, macam harga kat kedai-kedai lain iaitu RM4.50...

Nama kedai tu? Tak tahulah samada nak bagi tahu ke tidak. Nanti jadi kontroversi pula. Saya bukan nak timbulkan kontroversi. Cuma ingin melahirkan rasa kecewa sebab orang melayu kita berniaga tidak jujur!!

Dan satu lagi, sebenarnya saya dah lama tak menjengah ke restoran tersebut. Beli soto kat situ pun atas permintaan orang yang demam tu. Saya memang dah lama pangkah restoran tu sebab selalu charge harga yang tidak munasabah.

Oklah, malas nak cerita lebih-lebih. Dosa kau dengan Allah, kau boleh mohon maaf terus dariNya. Tapi kalau dosa kau sesama manusia, kau tahu ke nak cari kat mana orang yang dah kau buat dosa? Fikir-fikirkan lah...

Tuesday

SCRUB YANG BERBALOI

Salam kawan-kawan,

Hari ni nak tulis pasal gambar kat bawah ni:



Honestly, siapa pernah try scrub ni?

The best thing about this is, walaupun namanya scrub tapi ianya tidak kasar sewaktu menggunakannya. Sebab ianya creamy dan ada pelembap di samping mempunyai aroma pewangi yang sungguh mild.

Setelah hampir setengah tahun menggunakannya, saya nampak perbezaan yang ketara especially untuk menghilangkan bahagian-bahagian yang hitam seperti di ketiak.

Masa mula-mula beli, saya gunakan sekali setiap minggu. Dah lama-lama, jadi 2x je setiap minggu. Sebab ada guna body polish yang lain juga. Tapi jangan expect keberkesanan dalam jangka masa yang sedikit. Saya guna hampir 6 bulan baru perasan keberkesanannya. Bila pandang kat cermin pada suatu hari tu baru saya perasan ketiak saya dah hilang jeragat hitamnya. Hehehe...

Perkara lain yang best adalah ianya 350ml. So sudah tentu ia last long time dan berbaloi-baloi.

Sekian, terima kasih.

Note: TBS takda bayar apa-apa kat saya untuk iklankan benda ni. Saya tulis review sekadar nak kongsi benda yang baik. Kalau tak percaya, cubalah! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...